Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Selain Malaysia, gerakan mencari besar-besaran ini turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.
Berikut ialah kronologi kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa melalui sidang media yang diadakan dari semasa ke semasa.