KRock Tidak Setanding Kpop Namun Masih Mempunyai Peminat Sendiri

Trending

KRock Tidak Setanding Kpop Namun Masih Mempunyai Peminat Sendiri

Sebelum Kpop menenerajui Hallyu(Korean Wave) di industry hiburan antarabangsa,  KRock boleh la dikatakan standing dengan KPop. KRock sekarang yang sudah hampir tenggelam namun masih tetap mendapat sambutan daripada peminat mereka sendiri. Siapa yang tidak minat dengan penyanyi kumpulan yang boleh bermain alat muzik sendiri dan boleh menghasilkan lagu-lagu rancak. Mereka lebih popular di kalangan peminat-peminat pesta rock yang menjadi acara tahunan di Korea. Antara pesta rock yang terkenal di Korea ialah Pentaport Festival, Jisan Rock Festival dan dan ETPEST.

Berikut merupakan 5 kumpulan rock Korea masih aktif dan popular di arus perdana hiburan.

Advertisement

 

1.F.T. Island (FNC Entertainment)

ftisland

Juga dikenali sebagai Five Treasure Island sangat popular di media arus perdana di mana ahli-ahli mereka sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti persembahan lain di kaca televisyen. Membuat penampilan pertama pada 2007, sehingga kini lebih 20 album termasuk album versi Japan mereka. Namun baru-baru ini salah seorang ahli mereka telah menarik diri dari kumpulan ini akibat terlibat dengan ‘Seungri Club Scandal’

 

2. CN BLUE (FNC Entertainment) 

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini dianggotai oleh 4 orang yang yang cukup berbakat. Juga menghasilkan album-album dalam versi Korea dan Jepun. Lagu-lagu mereka agak berbeza dengan F.T. Island di mana lagu mereka lebih kepada aliran muzik pop. Sering mengadakan konsert-konsert di luar negara dan jelajah konsert mereka tidak pernah mengecewakan peminat.

 

 

3.Day6 (JYP Entertainment)

day6Day6 boleh dikatakan rookie dalanm industri KRock ini. Ditubuhkan pada tahun 2015 dan melancarkan single pertama mereka ‘Congratulations‘. Walaupun baru namun lagu-lagu dari kumpulan ini telah memenangi banyak anugerah di Korea. Apa yang menariknya mengenai kumpulan ini ialah kesemua ahli mereka boleh menyanyi sambil bermain alat muzik. Pada tahun 2017 mereka telah melancarkan Every Day6 Project  di mana mereka akan melancarkan 2 lagu setiap bulan pada hari ke 6 (kecuali bulan Mei, Jun, Ogos dan Oktober).

 

4. Royal Pirates (Universal Music Korea)

royal pirates
Terdiri daripada 3 orang ahli asalnya Royal Pirates telah ditubuhkan di America. Pada tahun 2013 mereka telah membuat debut dengan pelancaran digital tunggal mereka ‘Shout Out‘. Selain boleh menyanyikan lagu-lagu mereka dalam bahasa Korea, lagu-lagu mereka juga ada dalam versi Inggeris dan Jepun. Pada tahun 2017 salah seorang ahli mereka telah manarik diri dan kumpulan ini hanya tinggal 2 ahli pada masa kini.

5. N.Flying (FNC Entertainment)

Nflying

Bekas pemain bass untuk kumpulan CNBLUE telah kembali bersama-sama pelatih-pelatih dari FNC Entertainment untuk menubuhkan N.Flying. Mereka membuat debut di Jepun pada tahun 2013 dan sebelum rasminya melancarkan album mereka Awesome di Korea pada tahun 2015.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...