“Kritikan Pun Sebenarnya Adalah Publisiti Yang Bagus” – Aina Abdul Tak Kisah Dikutuk Netizen

Hiburan

“Kritikan Pun Sebenarnya Adalah Publisiti Yang Bagus” – Aina Abdul Tak Kisah Dikutuk Netizen

Penyanyi berbakat, Aina Abdul menjadi perhatian orang ramai selepas menggayakan busana serba hitam pada segment karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Fesyen Sherry Al-Hadad dan Aina Abdul disamakan
3 years ago

Disamakan Dengan Fesyen Unik Aina Abdul Di ABPBH 34, Sherry Al-Hadad Anggap Hanya Gurauan Netizen

Advertisement

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani menggayakan ‘avant-garde‘ termasuk lilitan bunga pada kepala, menjadi tular dalam media sosial, tidak lama selepas Aina melangkah ke karpet merah.

Penyanyi lagu Semalam itu berkata busana rekaan pereka Behati itu adalah simbolik kepada bunga mawar yang digunakan dalam single baharunya berjudul Aina Abdul.

Sebenarnya, konsep busana ini adalah kesinambungan daripada single baharu diberi judul Aina Abdul yang menggabungkan tiga lagu iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi.

Menurut Aina, 28, busana ini mengambil inspirasi daripada bunga mawar yang dipaparkan dalam muzik video single berkenaan dan sudah lama ingin mengetengahkan fesyen begini dan berkesempatan merealisasikan impian.

Sejujurnya, saya kurang membaca kritikan. Mungkin sebab itu saya boleh terus bertahan, itu adalah salah satu ‘resepi’ yang sering saya amalkan.

Tambah Aina, dia tidak sedar busana hitam itu tular dalam media sosial dan tidak kisah dikritik kerana baginya, kritikan yang tidak baik juga adalah publisiti buat dirinya.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel yang trending pada pautan di bawah.

Ana Raffali
3 years ago

"Maaf, Saya Guru Bahasa Inggeris, Kena Biasakan Yang Betul" - Ana Raffali Tegur Pengguna Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...