“Kritikan Netizen Jadi Peringatan Untuk Saya” –  Siti Sarah Akui Mahu Perbaiki Diri

Hiburan

“Kritikan Netizen Jadi Peringatan Untuk Saya” –  Siti Sarah Akui Mahu Perbaiki Diri

Mengakui kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak khususnya para netizen di media sosial menjadi peringatan untuk dirinya, penyanyi dan usahawan popular Siti Sarah tidak menolak segala kata-kata yang diterimanya agak memedihkan pada mulanya.

"Kritikan Netizen Jadi Peringatan Untuk Saya" -  Siti Sarah Akui Mahu Perbaiki Diri

Advertisement

Menurut Sarah, beliau mendedahkan segala caci maki dan kutukan tersebut wajar dijadikan pengajaran dan azimat untuk dirinya meneruskan kehidupan.

“Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan. Pada awalnya, kritikan netizen memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya. Saya mahu terus memperbaiki diri.”

Dalam pada itu, sarah memaklumkan bahawa azam sempena sambutan hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah akui mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling.

"Kritikan Netizen Jadi Peringatan Untuk Saya" -  Siti Sarah Akui Mahu Perbaiki Diri

“Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan.”

Terdahulu, Sarah dikejutkan oleh majlis sambutan hari lahir pada minggu lalu dan suaminya, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga puluhan ribu untuk isteri tercinta.

Ujar suaminya, itu merupakan hadiah termahal yang pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...