Tragedi MH17 yang berlaku malam semalam bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia tetapi turut menjadi satu cabaran buat penyampai berita saluran TV Astro Awani. Kalau Abang Nara jadi si pembaca berita pun, pasti tidak akan lancar dan akan tergagap-gagap sedikit kerana ini adalah berita tergempar. Selaku pendengar, Abang Nara boleh memaafkan kekhilafan tersebut dan memahami kegementaran yang sedang dialami oleh si pembaca berita.
Namun Sharnaaz Ahmad yang turut sama mengikuti perkembangan nahas MH17 di Astro Awani semalam meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap si penyampai berita tersebut. Tulis Sharnaaz menerusi laman Twitternya:-
Kata-kata yang agak kasar oleh Sharnaaz Ahmad ini telah mendapat reaksi hangat daripada para pengikutnya. Kebanyakan mereka menegur Sharnaaz. Antara teguran yang diberikan ialah:-
Mungkin ‘expectation’ Sharnaaz Ahmad terlalu tinggi buat pembaca berita Astro Awani. Sama seperti ‘expectation’ para peminat apabila melihat Sharnaaz berlakon. Mungkin teguran tersebut boleh dilakukan dengan cara yang lebih halus. Apa pun, sama-samalah kita doakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa nahas MH17.