Penyelaras Federasi Pemuda Kebangsaan, Muhammad Fakrurrazzi Khairur Rijal yang juga merupakan wakil mahasiswa, memuat naik satu tangkapan layar perbualan menunjukkan beliau telah menghubungi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh, susulan kenyataan kontroversi berkaitan tindakan pelajar membakar karikatur Perdana Menteri.
Melalui tangkapan layar mesej di Instagram (DM), kedua-dua pihak dilaporkan telah bersetuju untuk mengadakan sesi debat terbuka pada 1 Julai ini.
Menurut Fakrurrazzi, beliau merasa terpanggil untuk mempertahankan mahasiswa yang digelar “bodoh dan bacul” oleh Akmal berhubung tindakan protes membakar karikatur tersebut.
Saya juga telah menghubungi saudara Akmal secara peribadi untuk mengaturkan satu pertemuan DEBAT SECARA TERBUKA untuk membicarakan tentang perkara ini samada mahasiswa yang bacul atau ahli politik yang bangsat.
Dalam pada itu, Fakrurrazzi turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu kerana sudi tampil bersemuka dengan mahasiswa.
Selain Akmal, Fakrurrazzi turut mengalihkan perhatian kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kamil Munim dengan cabaran debat susulan kenyataan Kamil yang mengkritik tindakan mahasiswa UMS baru-baru ini.
Kamil Munim bila nak jumpa? Jangan buat-buat senyap, acah-acah busy, kau tu ketua AMK je bukan ketua parti. Jangan jadi bacul, bersuara berani, bersua lari.
Terdahulu, Akmal Saleh lantang mengecam tindakan mahasiswa yang membakar karikatur Perdana Menteri dalam sebuah perhimpunan di Sabah, menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak beradab dan gagal menunjukkan kekuatan hujah. Ketua AMK turut menyelar tindakan itu sebagai tidak wajar dan memalukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.