Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kristal Dan Estranged Tersingkir, Ebi Dahului Undian Mania

Sabtu lalu menyaksikan rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menyingkirkan kedua-dua peserta berkumpulan iaitu Estranged dan Kristal daripada Mania. Keputusan ini tidak mengejutkan kerana sebelum bermulanya konsert, kedudukan Kristal dan Estranged sememangnya berada di antara tangga terbawah. Kini tiada lagi peserta berkumpulan yang akan bertarung di atas pentas Mania.

mania

Advertisement

Apa pun keputusan undian selepas konsert Mania agak mengejutkan apabila Ebi mendahului dengan peratusan undian sebanyak 13%. Berikut ialah kedudukan para peserta Mania di hari Sabtu lalu:-

1. EBI – 13%
2. JACLYN VICTOR – 12%
3. HAZAMA – 10%
4. HAFIZ – 10%
5. STACY – 9%
6. SHILA AMZAH – 9%
7. ADIRA – 9%
8. ALYAH – 9%
9. ARIL – 7%
10. ESTRANGED – 6%
11. KRISTAL – 6%

Bagi Abang Nara, persembahan Stacy dan Cliff Umar dengan lagu Total Eclipse of The Heart ialah persembahan terbaik. Meremang sedikit bulu roma Abang Nara mendengar kehebatan paduan dua suara ini. Untuk makluman, hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi sebelum konsert final Mania akan berlangsung. Rasa-rasa siapakah yang akan bertarung di final untuk merebut gelaran Bintang Mania? Apa kata anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

59 Comments

  1. Adam

    August 6, 2012 at 7:33 pm

    Still x puas hati dgn keputusan.. Bakat estranged dgn Kristal disia-siakan.

    Sorry abg nara.. hehe.. baca post lama2 u.

  2. kuyom

    May 3, 2012 at 10:50 am

    jac memang mempunyai suara yang baik dan teknik nyanyian yang cemerlang hinggakan datuk m nasir sendiri mengakuinya.tetapi malang bagi jac kerana gagal mendapatkan lagu2 yang ‘berhantu” seperti mana datuk ct miliki…dan jac juga gagal melantik pengurus yang mampu mencari peluang untuk jac meluaskan aktivitinya ke luar negara.dia kalah asean idol pun kerana undian peminat dan kalah kat artis singapore yang mempunyai peminat yang kaya raya..untuk mania ini jac,hazama,stacy,adira,hafiz berpeluang masuk final

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top