September 25th, 2018

Tindakan penyanyi Saleem Iklim yang sebelum ini melarang anaknya, Syafiq Farhain untuk menyanyikan lagu-lagunya kerana mendakwa mengganggu ‘periuk nasi’nya mendapat perhatian ramai. Bukan itu sahaja, Saleem juga tidak mahu anaknya itu mengaitkan nama beliau dalam mana-mana temuramah.

Terbaru, Syafiq yang dahulunya bertugas sebagai ahli bomba dan kini bergelar penyanyi serta merupakan salah seorang peserta program Big Stage, memberitahu beliau sudah berbaik dengan bapanya.

Syafiq juga sempat untuk melawat Saleem yang kini berada dalam keadaan koma di hospital selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa hari lalu selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang. Saleem cedera parah sehingga patah 12 tulang rusuk dan salah satu tulang itu tertusuk pada bahagian paru-parunya.

Pada saya, yang lepas itu biarlah lepas. Ramai pihak tak tahu perkara sebenarnya. Ada juga yang tak tahu, tapi buat-buat tahu. Jadi, terpulanglah pada sesiapa untuk buat andaian.

Tapi apa yang sebenarnya terjadi itu memang antara kami sahaja yang tahu. Alhamdulillah hubungan kami sekarang tiada masalah dan tiada apa-apa saya nak komen.

Dalam pada itu, Syafiq memohon kerjasama dan pertimbangan semua pihak agar berhenti menyebarkan khabar angin kononnya bapa beliau sudah meninggal dunia.

Sumber Berita : Harian Metro


20 responses to “Krisis Syafiq Farhain Dan Bapanya Saleem Iklim Sudah Lama Selesai”

  1. TakPastiJgnKomen says:

    Dia dah bagitau awal2, dia tak berhenti kerja bomba, dia pun tahu mana yang lebih menjamin hidup dia…lagipun adik beradik dia semua kerja terjamin…
    Dia ambil cuti tanpa gaji sementara masuk contest nyanyian tu, undangan nyanyian lain pun dia ambil yang lepas waktu bekerja
    p/s: dia mmg hensem, bukan hensem yang melebih2, hensem sedap mata memandang, bila dia senyum sweet nampak

  2. kak perihatin says:

    berhati-hati komen yg tak baik…..baru je menyambut awal muharram…..start dengan kata yg sopan agar menjadi amalan sepanjang zaman

  3. Anonymous says:

    syafiq dpt RM50k mak tiri ada pau x?… wangi duit syafiq kan acik julia singa.. acik salem pun tentu muka ala sinyumm

Loading...