Krisis COVID-19, Buka Hati Petinju Jerman Untuk Peluk Agama Islam

COVID-19

Krisis COVID-19, Buka Hati Petinju Jerman Untuk Peluk Agama Islam

Krisis COVID-19 telah berjaya membuka mata dan hati masyarakat sejagat bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja, memandangkan wabak ini telah meragut banyak nyawa tanpa kita sangka.

Baca: Penularan COVID-19 Telah Membuka Mata Masyarakat Seluruh Dunia Tentang Alam Sekitar

Advertisement

Sama ceritanya pada kali ini, kerana wabak COVID-19 yang sedang dihadapi seluruh dunia kini, seorang petinju terkenal iaitu Wilhelm Ott dikatakan telah menemukan kepercayaannya dan memilih agama Islam sebagai agama rasmi beliau.

Petinju terkenal Jerman yang pernah memegang gelaran Juara Eropah dalam seni mempertahankan diri itu, telah mengumumkan sendiri mengenai perkara tersebut melalui video yang disiarkan melalui akaun Instagram rasminya pada hari Sabtu lalu.

“Saya membiarkan diri saya terpengaruh secara politik. Tetapi ketika saya menghadapi masa-masa sukar, kepercayaan Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan”

Berdasarkan posting tersebut menunjukkan Wilhelm Ott sedang melaksanakan rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah atau kesaksiannya, terhadap keesaan Allah SWT dan penerimaan Muhammad sebagai utusan Allah.

Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan berbicara dengan Shahada yang dapat mengatakan dengan bangga, ya saya seorang Muslim.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminatnya dan masyarakat Islam kerana telah memberikan reaksi positif berkenaan perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut menambah bahawa tujuan pengumuman itu dibuat hanyalah untuk memberitahu orang di sekeliling dan rakan-rakannya mengenai perkara itu.

Wilhelm juga tidak sabar menantikan Ramadan pertamanya

Beliau turut berasa teruja menantikan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi dan mengharapkan iman beliau akan menjadi lebih kuat pada masa akan datang.

Arthur Wagner, ahli terkemuka parti politik sayap kanan Jerman ‘Alternative für Deutschland’ (AfD), yang terkenal dengan retorik anti-Muslimnya baru-baru ini juga telah memeluk Islam dan mengundurkan diri daripada peranan kepimpinannya dalam parti itu.

Semoga dipermudah segala urusan mereka dalam mempelajari agama Islam.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...