Ahad lalu, ketika kemunculan Kak Engku dan Salih Yaakob di Gegar Vaganza 2, mereka berdua telah mengumumkan bahawa 27 November adalah hari terakhir mereka mengendalikan slot Sinar Pagi Sinar FM. Pada mulanya Abang Nara ingat sekadar gimik semata-mata. Namun ternyata ia benar. Hari ini adalah hari terakhir buat Krill Rashid, Kak Engku dan Salih Yaakob membuatkan orang ramai terhibur menerusi slot Sinar Pagi.
Secara jujur, Abang Nara dulu memang pendengar setia trio ini di Sinar Pagi. Agak menyedihkan juga apabila ini adalah hari terakhir mereka bertiga. Menerusi perkongsian di Facebook Sinar FM, Kak Engku dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu sedih. Iyerlah, bertahun-tahun juga mereka bertiga bersama jatuh bangun di Sinar Pagi.
Selamat maju jaya dan semoga bertemu lagi Trio Sinar Pagi.. Terima Kasih SY, Krill Rashid dan Kak Engku untuk tahun-tahun yang terbaik di Sinar fm.. Anda ada ucapan untuk mereka? Boleh kongsikan di sini, nanti mereka bacalah ya.. Jom #OkBaiiSPG
Posted by SINAR on Thursday, November 26, 2015
Isnin ini, bakal pengganti Krill, KE dan SY bakal diketahui. Daripada teaser yang diberikan, nampaknya macam 3 orang lelaki. Sama-sama kita nantikan. Adakah anda bersedih dengan pemergian trio ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.