Kreatif Lelaki Ini! Pasangkan ‘Payung Terjun’ Pada Kunci

Trending

Kreatif Lelaki Ini! Pasangkan ‘Payung Terjun’ Pada Kunci

Tidak dinafikan, buat yang tinggal di rumah bertingkat seperti flat, apartmen atau pun Kondominium pastinya tahu dengan situasi di mana kita baru teringat ada barang seperti kunci yang tertinggal apabila sudah sampai di bawah rumah.

Sama juga sebaliknya, bila kita sudah sampai di dalam rumah baru teringat ada barang tertinggal di dalam kereta. Lebih-lebih lagi kalau rumah kita berada di tingkat yang agak tinggi, memang boleh naik angin walaupun ianya salah kita sendiri.

Advertisement

3 years ago

Motosikal Siti Nurhaliza Dicuri, Tertinggal Kunci Ketika Parkir

Maklumlah, boleh dikatakan seperti melakukan dua kerja lah apabila terpaksa berjalan semula dan berpatah balik semata-mata hendak mengambil barang tersebut. Buat penat diri sendiri saja kan?

Namun, sudah pastinya ada sesetengah individu yang akan berfikiran kreatif untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan mudah sekaligus tidak perlu menyusahkan diri berpatah balik mengambil barang tersebut.

Isteri tertinggal kunci di rumah dan sudah berada di bawah, suami bertindak memasang ‘payung terjun’ pada kunci untuk dihantar kepada isteri

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama ikhramselamat yang memaparkan tindakan kreatif seorang lelaki memasang ‘payung terjun’ pada kunci.


Dalam perkongsian video tersebut, isteri lelaki itu tertinggal kunci keretanya di rumah kerana sudah lambat hendak pergi kerja. Disebabkan itu, lelaki ini mengambi keputusan untuk menghantar kunci kereta tersebut kebawah kepada isterinya yang sudah menunggu di bawah rumah.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila melihat inisiatif kreatif lelaki itu yang memasang ‘payung terjun’ pada kunci kereta tersebut dan mengantarnya kebawah.

‘Payung terjun’ yang dimaksudkan tersebut adalah plastik yang diikat pada kunci tersebut. Ia bertujuan supaya daya graviti pada kunci itu dapat dikurangkan lalu mendarat dengan selamat ke bawah dan tiada kecederaan yang berlaku.

“Bijak, mujur tak masuk pintu lain”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 71.7 ribu tontonan, 2.3 ribu tanda like dan 155 komen. Rata-rata netizen memuji cara kreatif lelaki tersebut memasang ‘payung terjun’ itu untuk menghantar kunci kepada isterinya di bawah rumah.

Suami pasang payung terjun pada kunci

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Suami pasang payung terjun pada kunci

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan tindakan lelaki itu bijak namun bernasib baik kerana tidak singgah atau jatuh di tempat lain.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...