Kreatif! Ini Rupanya Maksud Di Sebalik Topi & Baju ‘Sarat’ Aina Abdul

Hiburan

Kreatif! Ini Rupanya Maksud Di Sebalik Topi & Baju ‘Sarat’ Aina Abdul

Seperti yang umum sedia maklum, kekuatan vokal yang dimiliki penyanyi, Aina Abdul, menjadikannya sangat istimewa di hati penonton. Ramai yang tertunggu-tunggu persembahan penyanyi berbakat besar ini selepas gimik persembahan di AJL34 sebelum ini mencetuskan kontroversi.

ajl35
3 years ago

(TAHNIAH) 'Gila' Nyanyian Kaka Azraff, Noki Dan Loca B Dinobat Juara Anugerah Juara Lagu 35

Advertisement

Namun untuk tahun ini, Aina memilih busana tona hitam dengan topi besar di bahagian kepala. Walaupun mendapat kritikan pada awalnya, persepsi penonton mula berubah apabila Aina menoleh memperlihatkan bahagian belakang baju tersebut. Memang wow!

Di Instagram, Aina menjelaskan maksud dan inspirasi di sebalik busana yang dipakainya itu. Topi yang direka seperti tempat tidur bayi menunjukkan metafora kepada lirik lagu ‘Semalam’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Manakala, susunan kain pleated yang sarat menggambarkan kisah penderitaan yang dialami wanita ini. Perincian pleated pada jaket juga hasil inspirasi daripada daun palas.

Selain pakaian, Aina turut mengambil berat mengenai pemilihan latar belakang yang menggunakan elemen parachute atau payung terjun. Elemen tersebut menggambarkan imej daun gugur yang ditiup angin dengan tambahan imej grafik ‘calar ungu’.

Di ruangan komen, dapat dilihat peminat tidak putus-putus memuji idea kreatif dan persembahannya yang memukau. Dinobatkan sebagai Naib Juara, ramai yang dapat menjangkakan kemenangan Aina malam tadi. Tahniah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Aina Abdul

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...