Kreatif, 2 Beradik Ini Hasilkan Model Replika Ysuku Dengan Bengkel Guna Kotak Terpakai

Trending

Kreatif, 2 Beradik Ini Hasilkan Model Replika Ysuku Dengan Bengkel Guna Kotak Terpakai

Kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar bermain gajet atau melayari YouTube, tetapi berbeza dengan dua beradik ini mempunyai hobi yang berlainan dengan kanak-kanak di luar sana.

Tular baru-baru ini dua orang kanak-kanak yang menghasilkan model replika kenderaan seperti motosikal Ysuku, kereta Toyota Hilux, jentera padi dan lain-lain.

motorsikal yang dibuat daripada kad board
lori ciptaan dua beradik ini
Ia telah dikongsikan oleh Norin Puteh dalam akaun Facebook menunjukkan hasil seni anaknya yang cukup kreatif.

Advertisement

Hobi anaknya bermula dengan hanya menggunakan kotak terpakai, kini beralih menggunakan mounting board untuk menghasilkan replika itu.

Model replika motosikal itu turut dilengkapi dengan bengkel motosikal replika yang sangat unik. Macam tidak percaya kanak-kanak umur ini dah mampu reka bengkel kereta yang nampak ‘real’.

bengekel motorsikal yang dibuat

Menurut ibunya, anaknya menghasilkan replika motorsikal dan bengkel sendiri, cuma kena beli barang sahaja.

Perkongsian mereka mula mendapat perhatian netizen apabila model yang dihasilkan tampak kemas dan hebat.

Pemilihan model Ysuku sedang hangat ketika ini termasuk penciptaan bengkel tersendiri sekaligus membuatkan para netizen kagum dengan kreativiti dua beradik ini. Berikut merupakan antara model replika yang dihasilkan.

Bengkel Ysuku

bengkel motorsikal Ysuku

Lori yang dibuat oleh mereka

lori yang siap dibuat

Hasil kreatif adik ini

kereta Hilux
kereta yang dibuat
adik ini sedang menghasilkan model

Tahniah diucapkan kepada dua beradik ini. Semoga adik terus berjaya mencipta replika yang lebih hebat pada masa akan datang.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...