KPWKM: Kanak-Kanak Terlibat Hubungan Seksual Perlu Dibimbing, Bukan Dihukum

Berita

KPWKM: Kanak-Kanak Terlibat Hubungan Seksual Perlu Dibimbing, Bukan Dihukum

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan bahawa kanak-kanak yang terlibat dalam hubungan seksual secara suka sama suka wajar diberi bimbingan, perlindungan dan pemulihan — tanpa mengira jantina — dan bukannya dikenakan hukuman, tulis Oh My Media.

Menterinya, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, berkata golongan ini perlu diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan, memulihkan diri dan membina masa depan baharu tanpa dibebani stigma serta trauma berpanjangan.

Advertisement

Isu ini harus dilihat dari sudut pembangunan emosi, kognitif dan sosial kanak-kanak. Dengan itu, mereka boleh menilai sendiri kesan tindakan yang diambil. Fokus utama KPWKM adalah kaunseling, pendidikan dan sokongan yang tersusun untuk kesejahteraan masa depan mereka.

pegang tangan

Nancy menambah, program serta perundangan sedia ada yang menekankan intervensi, perlindungan dan pemulihan adalah selaras dengan pendirian tersebut. Pada masa sama, orang dewasa juga memikul tanggungjawab utama untuk melindungi kanak-kanak serta tidak mengeksploitasi mereka dalam apa jua keadaan.

Beliau turut menegaskan, sekiranya terdapat unsur penderaan atau eksploitasi, tindakan undang-undang tetap akan diambil terhadap pelaku. Namun isu ini tidak boleh bergantung kepada undang-undang semata-mata, sebaliknya memerlukan kesedaran masyarakat, sokongan keluarga serta peranan komuniti.

Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang kedua. Jalan ke hadapan bukan melalui hukuman, tetapi melalui penjagaan, bimbingan dan perlindungan.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mencadangkan agar remaja perempuan yang terlibat dalam hubungan seks suka sama suka turut dikenakan tindakan undang-undang kerana hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di negeri itu berlaku atas kerelaan kedua-dua pihak.

nancy shukri
2025-08-23 10:03:21

Nancy Shukri Kecam Isu Bapa Eksploitasi Anak Di Media Sosial - "Tak Boleh Diterima"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh My Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...