April 5th, 2016

Bila sebut sahaja nama Nazim Othman pasti perkara pertama yang terlintas didalam fikiran adalah imej beliau yang seakan seperti jejaka Korea, malah ada juga yang bersetuju imej tersebut cukup sesuai dengan Nazim sehingga didalam drama pun beliau diberikan watak sebagai orang Korea.

Untuk pengetahuan anda, Nazim sebelum ini pernah merakam single dengan genre Kpop yang berjudul Destinasi.

Namun, Nazim akui beliau sudah bosan dengan imej Korea kerana ia tidak sesuai dengan usianya yang semakin meningkat.

Jika dahulu memang saya gemar muzik dari Korea itu dan pernah merakamkan sebuah lagu berentak kpop tetapi sehingga kini ia tidak pernah dilancarkan.

Sekarang usia saya sudah meningkat dan muzik berkenaan sudah tidak relevan dengan diri saya.

Kini minat Nazim sudah berubah ke genre Balada dan bakal melancarkan single terbaru beliau tidak lama lagi.

Insya-Allah jika sudah tiba masanya saya akan lancarkan lagu berkenaan dan mungkin peminat dapat mendengar selepas saya selesai menyertai program Gempak  Superstar.

Biasanya peminat lagu Kpop majoriti daripada golongan remaja yang memuja ketampanan penyanyi lelaki Korea. Ermm, kalau sebagai seorang lelaki dewasa memang agak tidak sesuai imej Kpop tu.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...