KPN: Peguam Suspek Curi Telefon Plaza Lowyat Tidak Cerdik, Suspek Positif Dadah

Trending

KPN: Peguam Suspek Curi Telefon Plaza Lowyat Tidak Cerdik, Suspek Positif Dadah

Sebelum ini, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu dalam satu sidang media bahawa rakan subahat suspek curi telefon yang mencetuskan pergaduhan di Plaza Lowyat telah mereka cerita mengenai telefon klon dan kes tersebut hanya merupakan satu kes kecurian, bukan kes penipuan peniaga.

suspek

Advertisement

Bagaimanapun, peguam suspek curi telefon dan rakan subahat suspek telah membuat satu sidang media mendakwa KPN menipu berkenaan kes tersebut. Peguam itu, Khairul Azam Abdul Aziz, mendakwa rakan subahat suspek menafikan berada di tempat kejadian sewaktu kecurian itu berlaku dan tidak pernah mereka cerita berkenaan telefon klon dan memberitahunya kepada penulis blog.

Lapor The Star, KPN dalam satu kenyataan terbaru bagaimanapun membidas Khairul Azam, mendakwa peguam itu tidak cerdik dan mempunyai ‘niat lain’.

Orang yang kena tangkap boleh cakap apa saja untuk melepaskan tengkuk dia. Kalau kita hendak percaya cakap orang yang telah dituduh dan juga telah didapati positif dadah dalam urinnya, percayalah.

Peguam ini juga ada niat lain yang tidak baik. Peguam yang cerdik tidak akan buat begitu.

Suspek curi telefon tersebut, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, merupakan seorang penganggur. Dia telah didakwa di mahkamah pada 14 Julai atas pertuduhan mencuri sebuah telefon berharga RM 800 di plaza Lowyat setelah direman sejak Sabtu. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dari lokap dengan ikat jamin RM 3000.

Hakim Nur Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh perdengaran perbicaraan.

Shahrul mengaku bersalah dua kali semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya, bagaimanapun menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada bacaan pertuduhan ketiga.

Penyertaan untuk Lantai Cilik 3 oleh kumpulan Teratak dari SK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. #mysenibudaya #lantaicilik3 #penyertaanlantaicilik3 #lc3 #penyertaanlc3

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 10 July 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

6 Comments

  1. emme

    July 21, 2015 at 5:14 pm

    bukti di cctv tu pun dah cukup…salah tetap salah…sama juga haram tetap haram…takde nye haram boleh jadi halal…melainkan nikah…

  2. lady gagap

    July 21, 2015 at 3:16 pm

    jangan nak pandai pandai jadi hakim. mahkamah belum jatuhkan keputusan lagi. mcm mana si polis boleh mengatakan budak tu pencuri, penjenayah, sedangkan mahkamah belum beri kata putus. kat sini mcm mcm situasi boleh jadi. jgn nak serkap jarang shj. dan yg paling pelik dlm hal ini mana keadilannya sedangkan ianya melibatkan dua pihak dan liputan hanya difokus kan kepada tertuduh. mengapa?
    katakanlah mmg die tidak bekerja, dan ramai persoalkan mana datang duitnya. jgn igt org xkerja xde duit. mungkin die xbkerja yang ade payslip mcm kita, mungkin die ade buat kerja lain utk dptkan duit. byk jalan boleh buat. mungkin die meniaga kecik2 ke, tolong cuci kereta ke… we look into different side. kalau betul si peniaga menipu dan budak ni adalah mangsa keadaan. seperti yg dikatakan die ni mat dadah. jika betul die mangsa keadaan, adakah kerana die mat dadah, kita terus menjatuhkan hukuman yg mengatakan die tidak bersalah? wlaupun die mat rempit, walaupun die mat dadah, kebenaran dan keadilan harus ditegakkan.
    yang menyedihkan masyarakat melayu skrg ni mcm ni lah, suke membuat keputusan sndri. sendri jadi hakim. kalau kita tgk kaum kita sendiri dlm kesusahan, tidak layakkah mereka untuk mendapat bantuan? tepuk dada, tanya akal.

  3. chlorise

    July 16, 2015 at 8:41 pm

    Peguam yang cerdik xakan membela orang yang salah.
    Kesian nama je peguam tapi otak xbleh pakai. puih!
    Pencuri tu PENGANGGUR tapi bleh gak byr ikat jamin yeeee… huhu
    Pencuri tu tubuh badan sihat walfiat tapi x keja huhu kecian anak muda sekarang xtau bezakan yang baik n buruk.

  4. Jebat derhaka

    July 16, 2015 at 4:48 pm

    Malaysia dipenuhi oleh orang2 bodoh, menteri2 yg kurang cerdik..

  5. Anonymous

    July 16, 2015 at 12:49 pm

    dah la tu…move on je lah.

    • Serius

      July 16, 2015 at 3:02 pm

      Lol, Pencuri yang terlepas ;D