KPN Dedah Jho Low Pernah Bersembunyi Di Wuhan, Minta Low Kembali Jika Dijangkiti Covid-19

Trending

KPN Dedah Jho Low Pernah Bersembunyi Di Wuhan, Minta Low Kembali Jika Dijangkiti Covid-19

Ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho, pernah menjadikan bandar Wuhan di wilayah Hubei sebagai salah satu tempat persembunyiannya, kara Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid berkata maklumat ini didapati hasil siasatan polis mengenai lokasi dan peranannya dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Dia memberitahu pemberita dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.

Advertisement

Sebelum ini, Low disahkan bersembunyi di Wuhan, berdasarkan penyiasatan antarabangsa. Tetapi tiada maklumat terbaru sama ada dia telah meninggalkan bandar tersebut disebabkan penyebaran wabak Covid-19.

Abdul Hamid berkata, sekiranya Low telah dijangkiti Covid-19, dia patut pulang ke Malaysia kerana negara ini telah terbukti sebagai antara yang terbaik dalam merawat jangkitan itu. Dia berseloroh:

Saya ingin beritahu dia jika dia telah dijangkiti (Covid-19), baliklah ke Malaysia. Buat masa ini, Kementerian Kesihatan kita ialah antara yang terbaik, mereka dah sembuhkan sembilan orang.

  • amazingnara.com via NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...