Ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho, pernah menjadikan bandar Wuhan di wilayah Hubei sebagai salah satu tempat persembunyiannya, kara Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Abdul Hamid berkata maklumat ini didapati hasil siasatan polis mengenai lokasi dan peranannya dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Dia memberitahu pemberita dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.
Sebelum ini, Low disahkan bersembunyi di Wuhan, berdasarkan penyiasatan antarabangsa. Tetapi tiada maklumat terbaru sama ada dia telah meninggalkan bandar tersebut disebabkan penyebaran wabak Covid-19.
Abdul Hamid berkata, sekiranya Low telah dijangkiti Covid-19, dia patut pulang ke Malaysia kerana negara ini telah terbukti sebagai antara yang terbaik dalam merawat jangkitan itu. Dia berseloroh:
Saya ingin beritahu dia jika dia telah dijangkiti (Covid-19), baliklah ke Malaysia. Buat masa ini, Kementerian Kesihatan kita ialah antara yang terbaik, mereka dah sembuhkan sembilan orang.
- amazingnara.com via NST