Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk menerima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang telah dibuang sekolah.
Menurut Fadhlina, KPM sentiasa bersedia untuk menerima sesiapa sahaja pelajar kerana tugas mendidik itu sememangnya di bawah tanggungjawab KPM, lapor Berita Harian.
Kalau dihantar ke sekolah kita kena terimalah kerana itu tanggungjawab kita dan komitmen kita dan kita sentiasa bersedia untuk menerima siapa saja anak-anak kita untuk dididik.

Itu kata Fadhlina ketika diminta untuk mengulas tentang enam pelajar sebuah MRSM di Melaka yang dibuang sekolah kerana terlibat dalam kes buli baru-baru ini.
Ujar Fadhlina lagi, KPM menyerahkan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk menyiasat termasuklah insiden guru ditumbuk murid yang tular kelmarin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.