KPM Diminta Siasat Isu Dakwaan Guru Buat Gurauan Berbaur Lucah

Trending

KPM Diminta Siasat Isu Dakwaan Guru Buat Gurauan Berbaur Lucah

Tular sejak semalam mengenai satu video di Twitter yang memaparkan seorang pelajar perempuan mendakwa tindakan keterlaluan seorang guru seakan-akan menggalakkan pelajarnya untuk melakukan perbuatan rogol. Pelajar tersebut mendakwa kejadian itu berlaku sewaktu sesi pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama seorang guru lelaki.

Memetik laporan Kosmo, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta segera membuat siasatan berhubung kejadian. Menurut Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail, pendedahan yang dilakukan oleh pelajar perempuan itu perlu diberi perhatian supaya perkara seperti itu tidak berulang kerana sekolah perlu menjadi tempat yang selamat untuk para pelajar.

Advertisement

“Tidak wajar bagi seorang guru lelaki menunjukkan akhlak seperti itu seakan-akan mengajar pelajar lelaki untuk bersikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi ‘membolehkan’ jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan”

Tambahnya, pihak sekolah dan KPM perlu segera mengambil tindakan ke atas guru yang terlibat sekiranya perkara itu benar.

Isu ini juga turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik,  menerusi akaun Twitter miliknya dengan meminta pengetua sekolah pelajar berkenaan untuk memandang isu ini secara serius.

Rogol bukan bahan lawak, dan guru harus menitipkan soal keselamatan bukan sebaliknya”

Walau bagaimanapun, ketika pelajar ini melaporkan kepada guru kaunseling di sekolah tersebut tiada apa-apa tindakan yang diambil sebelum dia membuat laporan polis berkenaan hal itu.

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...