KPDNKK Buru Peniaga Dalam Talian Tidak Papar Harga Barangan Di Media Sosial

Trending

KPDNKK Buru Peniaga Dalam Talian Tidak Papar Harga Barangan Di Media Sosial

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini mensasarkan untuk bertindak ke atas peniaga dalam talian, termasuk di media sosial, yang tidak menyenaraikan harga dan maklumat-maklumat lain produk jualan mereka dengan jelas. Frasa seperti ‘PM (private message)’, ‘check inbox’ ialah antara yang akan menyebabkan penguatkuasa bertindak.
inbox_AN
New Straits Times melaporkan dalam satu laporan eksklusif, pengguna lebih dilindungi memandangkan undang-undang terkini memaksa peniaga untuk meletakkan semua maklumat yang patut diketahui oleh pembeli sebelum transaksi dilakukan.

Advertisement

Penguatkuasa dari KPDNKK akan memburu mereka yang berniaga dalam talian namun gagal meletakkan harga barangan dan perkhidmatan dengan sengaja atau tidak.

Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayuddin berkata peniaga dalam talian akan diperhatikan sama seperti peniaga konvensional dan hukuman yang dikenakan jika didapati melakukan kesalahan juga sama.

Individu yang menjalankan perniagaan dalam talian tanpa mematuhi lapan keperluan yang disenaraikan oleh Kementerian boleh didenda sehingga RM 50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Peniaga dalam talian mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 perlu memaparkan maklumat-maklumat berikut di laman mereka:

*Harga penuh barang dan perkhidmatan, termasuk cukai dan pengangkutan serta kos lain
*Nama individu yang mengoperasikan perniagaan atau nama syarikat dan perniagaan
*Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
*Maklumat hubungan seperti alamat e-mel, nombor telefon atau alamat perniagaan
*Keterangan mengenai atau ciri-ciri utama produk atau perkhidmatan
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Roslan menambah:

Kami kini menguatkuasakan undang-undang ini sepenuhnya selepas memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri.

Kami mahu pengguna dilindungi, hak mereka perlu dilindungi. Mereka perlu membuat keputusan pembelian setelah mendapat maklumat yang mencukupi terutamanya mengenai harga, siapa yang sedang berurusan dengan mereka beserta kos-kos tersembunyi dan maklumat ini sepatutnya didapati di hujung jari mereka.

Kami tiada isu dengan peniaga yang menggunakan pasar dagang dalam talian seperti Lazada dan Zalora kerana mereka semua patuh undang-undang. Yang menjadi masalah ialah mereka yang berniaga menggunakan media sosial.

Jadi sekiranya seseorang ingin menjual kucing misalnya, dia mesti menulis harga yang dia mahukan, dia tidak boleh dengan mudah kata ‘PM jika berminat’. Kini, tidak lagi.

Kami telah memberi mereka masa yang panjang. Kini harga barangan perlu dipaparkan atau kami akan cari mereka.

-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...