KPDNKK Akan Tubuh Syarikat Kutip Royalti Artis

Trending

KPDNKK Akan Tubuh Syarikat Kutip Royalti Artis

KPDNKK1Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menubuhkan sebuah syarikat yang bertujuan untuk mengutip royalti untuk artis di negara ini berbanding memberikan pengiktirafan kepada tiga badan yang bertanggungjawab sebelum ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penubuhan syarikat itu akan dibuat secepat mungkin dan ia dijangka dianggotai oleh tiga kumpulan membabitkan komposer, syarikat rakaman dan artis.

Advertisement

Katanya, dari segi pengerusi syarikat terbabit, ia akan dipengerusikan oleh wakil kerajaan iaitu KPDNKK.

“Kita akan menentukan semua kutipan hanya dibuat oleh satu syarikat dan syarikat itu nanti akan mengagihkan mengikut pecahan atau peratusan yang akan kita umumkan secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah memberi pengiktirafan kepada tiga badan yang bertanggungjawab soal kutipan royalti dan seterusnya dapat mengelak salah faham soal kutipan berkenaan melibatkan karyawan seni dan pelaku industri hiburan tanah air.

Ketiga-tiga badan itu ialah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Public Perfomance Malaysia Sdn Bhd (PPM).

Hamzah menambah, tidak akan timbul masalah sekiranya beliau mengumumkan pembatalan terhadap ketiga-tiga syarikat terbabit berhubung kutipan royalti yang dipungut oleh mereka sebelum ini.

“Syarikat yang kita telah berikan lesen itu mereka bertanggungjawab..jadi kalau kita beri tempoh sebagai contoh kalau bermula 1 Januari tahun depan, jadi semua kutipan sehingga akhir tahun ini itu akan tamat.

“Dan semua kutipan yang telah diberikan tak boleh dibawa lari. Saya telah melihat semua peraturan yang ada, perjanjian yang ada diantara artis-artis dan semua kumpulan-kumpulan mengikut kutipan yang telah ada perjanjian selama ini,” jelasnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...