Bahaya Pelitup Muka ‘Fake’, Mangsa Mengadu Sukar Bernafas

Trending

Bahaya Pelitup Muka ‘Fake’, Mangsa Mengadu Sukar Bernafas

Penggunaan pelitup muka pada waktu sekarang adalah amat penting sehingga ia menciptakan era baru yang mana masyarakat digalakkan memakainya.

Ia merupakan salah satu daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 berlaku secara meluas.

Advertisement

Sehingga sekarang, permintaan produk itu adalah sangat tinggi sehingga ianya laris dan memaksa setiap kedai menambahkan stok jualan dari hari ke hari.

3 years ago

Saintis Cipta Pelitup Muka Pintar, Mampu Kesan Virus Dalam Udara Kurang Dari 90 Minit!

Namun, semasa wabak ini, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengedarkan pelitup muka berkualiti rendah.

Pelitup muka tiruan jenama Neutrovis

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berjaya mengesan penjualan pelitup muka jenama Neutrovis tiruan bernilai RM60,000 di Johor.

mask tiruan

Sumber: Bernama

Menurut Harian Metro, pemilik syarikat pengeluar jenama Neutrovis, Zayn Puah berkata, operasi serbuan dilakukan di tiga lokasi di negeri itu membabitkan produk tiruan yang menggunakan jenamanya.

Perkara itu diketahui selepas menerima aduan daripada pelanggan berkaitan pengedaran pelitup muka tiruan itu di pasaran.

Bahaya untuk kesihatan

Menurutnya, pelitup muka tiruan itu belum menjalani sebarang ujian oleh Medical Device Authority (MDA) dan bahan yang digunakan tidak dikenalpasti.

Mangsa yang tertipu telah membuat aduan apabila mengalami kesukaran bernafas, gelung telinga terlalu kasar dan wajah mereka berjerawat.

Selain itu, produk palsu itu mungkin terdedah kepada bahayanya semasa pandemik.

Pengesahan kod QR

Susulan daripada penjualan tiruan itu, Zayn berkata, pihaknya telah melampirkan pelekat pengesahan dengan QR unik bagi semua produk jenama Neutrovis.

Penjualan produk tiruan boleh diambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu menggunakan cap dagangan palsu bagi tujuan perdagangan.

Kesalahan itu boleh didenda maksimum RM250,000 dan kesalahan berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000 bagi syarikat atau perbadanan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...