KPDNHEP Keluar Notis Terhadap Peniaga Jual Air Kosong Lebih RM1 Segelas

Kehidupan

KPDNHEP Keluar Notis Terhadap Peniaga Jual Air Kosong Lebih RM1 Segelas

Air putih atau dipanggil air kosong adalah minuman yang baik untuk kesihatan di samping dapat menjadikan tubuh untuk kekal hidrat sepanjang hari.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah mengeluarkan 12 notis setakat Khamis lalu kepada peniaga premis makanan dan minuman di Selangor kerana menjual air kosong melebihi ketetapan harga RM1 setiap gelas.

Advertisement

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, notis berkenaan dikeluarkan berikutan susulan Ops Catut 8.0 (air kosong) yang sedang dijalankan terhadap restoran mewah, biasa, makanan segera, francais dan kedai makan serta warung di seluruh Selangor bermula 7 April hingga 15 April.

“Peniaga-peniaga yang dikenakan notis itu diberi tempoh masa selama dua hingga lima hari bekerja untuk membekalkan maklumat diarahkan”.

air kosong

Tambahnya, operasi berkenaan dijalankan kerana terdapat aduan dan rungutan daripada pengguna tentang caj air kosong yang agak mahal di premis makanan dan minuman sekitar Selangor.

Bagi pengguna yang ingin membuat aduan boleh melayari portal [email protected], e-mel [email protected], menghubungi pusat panggilan 1800 886 800 atau WhatsApp 019-279 4317.

SUMBER

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...