KPDN Johor Siasat Dakwaan ‘Curi’ RON95, Nombor Plat Singapura Ditutup Guna Selotape

Berita

KPDN Johor Siasat Dakwaan ‘Curi’ RON95, Nombor Plat Singapura Ditutup Guna Selotape

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor mengesahkan pihaknya sedang menyiasat satu insiden membabitkan individu yang didakwa mengubah nombor pendaftaran kenderaan Singapura bagi mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak di negeri ini.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan pasukan siasatan telah digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan lanjut, memetik KOSMO ONLINE.

Advertisement

johor no plat singapura

“Pengadu sudah membuat aduan dalam sistem dan pasukan sudah pun digerakkan bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan.”

“Sekarang ini kita masih menunggu laporan dan hasil siasatan. Maklumat terkini akan dikemas kini nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dewasa sedang mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak yang dipercayai terletak di daerah Kulai. Kenderaan yang digunakan didapati bernombor pendaftaran Singapura.

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut dilihat menutup beberapa huruf pada nombor pendaftaran kenderaan menggunakan salotape, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa agar kelihatan seperti nombor pendaftaran Malaysia.

Pemilik video turut mendakwa tindakan menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran itu berkemungkinan merupakan taktik baharu warga Singapura untuk ‘mencuri’ petrol RON95 yang disubsidi untuk kegunaan kenderaan tempatan.

Apabila didekati dan disoal oleh pemilik video, individu berkenaan mendakwa mereka bukan warga Singapura sebaliknya rakyat tempatan, sebelum dilihat cuba meninggalkan lokasi dengan segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Tan Seng Lee, berkata pihaknya akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik kenderaan sekiranya nombor pendaftaran tersebut didapati menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 10.35 malam, namun laporan hanya diterima pada pukul 10.05 pagi hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-31 11:05:07

Seperti Di Singapura, Anda Bakal Didenda RM2,000 Jika Meludah Dan Buang Sampah Merata-Rata Di Kuala Lumpur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...