Kotor Dan Menggelikan, Restoran Sate Tulang Popular Di Senawang Diarah Tutup

Trending

Kotor Dan Menggelikan, Restoran Sate Tulang Popular Di Senawang Diarah Tutup

Pasti ada diantara korang yang pernah makan di sebuah restoran sate tulang yang popular dan sedap di Senawang Negeri Sembilan.

Tetapi selepas korang lihat beberapa gambar ‘behind the scene’ untuk penyediaan sate itu, pasti fikiran korang akan berubah 360 darjah, terus rasa loya dan tak berselera.

Advertisement

Mana tidaknya, lokasi penyediaan sate tulang yang popular itu dilihat sangat kotor dan tidak terjaga sehingga pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan pemilik premis berkenaan untuk menutup perniagaan mereka selama 14 hari kerana telah mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Beberapa buah gambar keadaan sebenar restoran itu telah tersebar di media sosial dan mengundang rasa tidak puas hati netizen yang kebanyakkannya pernah mencuba menu-menu popular di restoran itu. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, tindakan itu di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih.

Kenyataan media tentang isu tersebut.

Pihak JKNNS telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook.

Disebabkan gambar yang tular ini, ramai juga netizen yang tampil berkongsi cerita dan memang mengakui yang kebersihan dan rasa makanan di restoran itu menghampakan mereka.

Sate busuk macam bau bangkai, dan tak boleh dimakan.

Tetapi yang peliknya macam mana orang ramai masih suka makan di restoran tersebut ya kalau rasanya pelik dan berbau busuk. Walaubagaimanapun, pihak JKNNS mengucapkan terima kasih atas info yang dikongsi oleh orang ramai dan menasihati supaya semua orang perlu berhati-hati ketika memilih tempat makan agar tidak mengalami keracunan makanan kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...