Kotak Misteri Di Luar Pejabat Konsulat China Disangka Bom Tapi Sebenarnya Topeng Muka Untuk Rakyat Wuhan

Trending

Kotak Misteri Di Luar Pejabat Konsulat China Disangka Bom Tapi Sebenarnya Topeng Muka Untuk Rakyat Wuhan

Tiga bungkusan kotak misteri yang ditinggalkan di hadapan pejabat konsulat China di Pulau Pinang telah mencetuskan suasana panik pada minggu lalu. Di dalam kekalutan itu, anggota polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) bergegas ke lokasi kejadian untuk meletupkan bungkusan tersebut.

Sebelum itu, anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dan Bagan Jermal serta anggota unit pemusnah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu. Pemeriksaan awal dilakukan dan mereka mengambil keputusan untuk meletupkan bungkusan tersebut.

Advertisement

Tetapi selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, ternyata isi kandungan bungkusan itu hanyalah mengandungi topeng muka. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Suffian Santong memaklumkan berdasarkan siasatan, kotak tersebut adalah pemberian yang hendak disampaikan kepada rakyat Wuhan.

Derma topeng muka

Berdasarkan saksi, kumpulan itu hanyalah berniat untuk mendermakan topeng muka itu untuk membantu rakyat Wuhan menangani wabak coronavirus yang sedang menular kini. Seperti yang diketahui umum, bekalan topeng muka di Wuhan semakin menipis dan ada juga yang dijual dengan harga yang terlalu tinggi sehingga ada yang tidak mampu membelinya.

Kumpulan individu itu turut memegang sepanduk dalam bahasa Mandarin yang tertulis “Wuhan jangan putus asa, China terus berusaha dan rakyat Cina di Malaysia mendoakan keselamatan dan kesihatan”.

Mereka datang ke pejabat kedutaan menaiki dua kenderaan dan meletakkan kotak berkenaan sambil memegang sepanduk itu. Mereka berada di lokasi tersebut dalam tempoh 30 minit dan merakamkan video tersebut sebelum beredar daripada lokasi.

Sebelum ini, viral beberapa gambar menunjukkan rakyat Wuhan mengambil inisiatif memakai botol mineral dan plastik sebagai langkah pencegahan wabak tersebut. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Tidak Cukup Dengan Topeng Muka, Rakyat China Gunakan Botol Plastik Mineral Untuk Lindungi Diri Daripada Wabak Wuhan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...