Kota Mekah Akan Kembali Dibuka Dengan Syarat-Syarat Yang Lebih Ketat Dikenakan

Trending

Kota Mekah Akan Kembali Dibuka Dengan Syarat-Syarat Yang Lebih Ketat Dikenakan

Arab Saudi sebelum ini mengambil keputusan untuk menutup Kota Mekah susulan penularan COVID-19 yang membimbangkan. Kini Arab Saudi telah membenarkan pembukaan Masjidil Haram untuk kegunaan solat Jumaat dengan masa yang ditetapkan berikutan tempoh berkurung yang ditetapkan hingga 21 Jun.

Masjid akan dibenarkan dibuka 20 minit sebelum solat Jumaat dan ditutup 20 minit setelah selesai. Pihak berkuasa Arab Saudi mengatakan sekatan akan dihentikan dalam tiga fasa, yang berakhir dengan perintah berkurung kecuali kota suci Mekah.

Advertisement

Menurut Kementerian Dalam Negeri, solat kini dibenarkan di semua masjid di luar Mekah mulai 31 Mei ini.

kota mekah

Fasa pertama akan bermula pada hari Khamis di mana perintah berkurung 24 jam akan dikurangkan menjadi 15 jam iaitu dari 3 petang hingga 6 pagi di seluruh negara. Pergerakan bebas antara wilayah dan beberapa aktiviti runcit dan borong termasuk pusat membeli-belah akan dibenarkan untuk disambung semula.

Arab Saudi telah melakukan perintah berkurung 24 jam di kebanyakan kota tetapi telah mengurangkannya pada awal bulan Ramadan lalu. Sekatan 24 jam kembali dilaksanakan semula semasa sambutan Aidilfitri selama lima hari yang bermula pada hari Ahad.

Larangan mengerjakan ibadah umrah dan haji masih lagi akan dikenakan sehingga notis yang akan diberitahu kelak.

Rakyat masih akan diminta untuk memakai topeng di tempat awam dan meneruskan langkah-langkah kebersihan dan jarak sosial selepas 21 Jun. Mekah berada satu fasa di belakang negara lain, dengan waktu berkurung disesuaikan pada jam 3 petang hingga 6 pagi hingga 20 Jun, kemudian diubah sehingga 8 malam selepas itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...