Baru-baru ini, pelakon kecil molek Intan Najuwa ada berkongsi dengan pengikutnya di Instagram beberapa keping gambarnya ketika sedang bercuti.
Menerusi foto dimuat naik pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu, dia dilihat menggayakan gaun berwarna hijau dan sedang menikmati makanan serta minuman dengan pemandangan laut.
Bagaimanapun, cara pemakaian Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid kurang digemari dan mendapat kritikan disebabkan gaun itu menampakkan bahagian perut dan pahanya.
Menjengah ruangan komen sesetengah netizen memuji kecantikan Intan serta penampilan dan gayanya itu.
Namun, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kurang senang dan memerli pelakon ini tentang pemakaiannya.
Malah ada yang membandingkan cara Intan berpakaian ketika baru menjinakkan diri dalam dunia lakonan dengan sekarang.
Dulu masa tak naik sopan je pakai tutup aurat. Ni dah naik sikit bukak dah pekung di dada.”
Segelintir netizen juga sempat menasihatinya untuk menjaga imej sebagai ‘public figure’ agar menjadi contoh yang baik buat pengikut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.