Kos Selanggara Istana Negara Cecah RM519 Juta, Netizen Persoal Adakah Duit Rakyat?

Berita

Kos Selanggara Istana Negara Cecah RM519 Juta, Netizen Persoal Adakah Duit Rakyat?

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila satu pendedahan mengenai kos penyelenggaraan Istana Negara telah ditawarkan pada sebuah syarikat dengan harga kontrak bernilai RM519 juta.

Berikutan itu,  Jabatan Kerja Raya (JKR) telah tampil menjelaskan secara lanjut  mengenai isu tersebut sebagai respon pihak mereka terhadap satu artikel yang dikeluarkan sebuah portal berita di mana kos penyelenggaraan bernilai ratursan juga ringgit itu adalah jumlah keseluruhan bagi tempoh tujuh tahun yang akan berakhir pada bulan ini.

Advertisement

Kos tersebut difahamkan merangkumi keluasan tanah seluas 241.3 ekar dan JKR memberitahu kerja-kerja tersebut perlu dilakukan kerana Istana Negara merupakan simbol kepada kedaulatan dan identiti negara.

Segala kemudahan fasilit di premis tersebut perlu sentiasa dikekalkan dalam keadaan terbaik, sesuai dengan kedudukan premis berkenaan sebagai bangunan peringkat kebangsaan yang melambangkan kedaulatan, identiti,kebudayaan dan imej negara.

Dalam pada itu, netizen di media sosial kemudiannya membangkitkan persoalan tentang penggunaan wang yang begitu banyak memandangkan situasi ekonomi negara yang meruncing berikutan kenaikan harga barang yang pastinya, mendatangkan beban kepada rakyat.

TwitterSumber : Twitter  

Selain itu, netizen juga membangkitkan keperluan kerajaan untuk menggunakan sejumlah wang yang begitu besar nilainya di mana ia sepatutnya digunakan untuk kemudahan infrastruktur rakyat seperti jalan dan fasiliti yang baik, sekolah untuk anak-anak di pedalaman, naik taraf hospital, membuka lebih banyak universiti dan sebagainya.

Namun, apa yang menjadi fokus utama adalah persoalan mengenai dari mana datangnya wang untuk membiayai kos penyelenggaraan Istana Negara, kalau tidak bukan dari wang pembayar cukai yakni rakyat itu sendiri?

mb perak bela ayam
3 years ago

"Rakyat Disaran Tanam Sayur Dan Ternak Haiwan Bagi Kegunaan Sendiri" - Menteri Besar Perak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...