Kos Sebulan Cecah RM3,000, Aliff Syukri Bagi Ikan Peliharaan Makan Daging Kambing Dan Lembu Setiap Hari

Hiburan

Kos Sebulan Cecah RM3,000,  Aliff Syukri Bagi Ikan Peliharaan Makan Daging Kambing Dan Lembu Setiap Hari

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri ada berkongsi aktiviti hariannya untuk tatapan peminat di media sosial.

Terbaru, perkongsiannya mengenai ikan peliharaan yang diberi makan dengan cara yang cukup unik.

Advertisement

Aliff menerusi aplikasi TikToknya ada melayan permintaan peminat yang ingin melihat ikan miliknya yang paling besar yang pernah dibelanya.

Dia dalam pada itu turut memberitahu bahawa ikan-ikan peliharaannya itu diberi makan daging kambing dan lembu setiap hari.

 

Ikan paling besar di rumah saya dan di dunia dibela di rumah saya. Pakai lesen ya guys.

 

Ikan pirana ni dah 5 tahun dan hari-hari makan daging kambing, lembu dengan kos RM3,000 sebulan.

Dalam video tersebut, Aliff dan juga pembantunya turut kelihatan memberi makan daging kepada ikan-ikan tersebut dengan menggunakan penyepit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terpegun dengan diet ikan-ikan peliharaan jutawan kosemtik itu dan ada juga yang berseloroh meminta agar Aliff memberi makan daging kambing perap.

“Memang ikan ni makan daging..kalau awak pun saya lepaskan dalam kolam ini pun akan dimakan ikan..” katanya berseloroh.

Aliff Syukri
2 years ago

‘Malu Dengan Anak-Anak..’ - Datuk Aliff Syukri Akui Dah Tak Suka Kamera, Insaf Dengan Kontroversi Murahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...