Kos Sara Hidup Semakin Tinggi, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Branded

Kos Sara Hidup Semakin Tinggi, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Haritu kita dengar negara India dah tak nak export tepung ke seluruh negara dan telah menyebabkan kenaikan harga tepung di pasaran serta makanan-makanan yang menggunakan bahan ini berkemungkinan bakal dinaikkan harga seperti roti canai. (sumber: Free Malaysia Today)

Tak cukup dengan itu, mulai 1 Julai, kemungkinan harga ayam pula akan dinaikkan sehingga RM11 sekilo disebabkan pelaksanaan harga siling RM8.90 tidak lagi dilaksanakan serta subsidi RM1.40 yang diberikan kepada penternak ayan dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) telah ditarik balik. (sumber: Astro Awani)

Ini akan menyebabkan kos sara hidup masyarakat meningkat dan akan menjurus ke arah inflasi jika tiada tindakan serius diambil. 

Namun, walaupun masyarakat terpaksa mengharungi kos sara hidup tinggi, kita masih lagi boleh berjimat tau. Jom kami share antara barangan keperluan harian yang ditawarkan oleh GIANT pada harga yang lebih berpatutan.

Barang Keperluan Harian Pada Harga Berpatutan

Di GIANT, hampir semua barangan keperluan harian yang diperlukan ditawarkan pada harga berpatutan tau dari bekalan makanan hinggalah barangan keperluan rumah. Macam ini lah yang kita mahukan!

Walaupun harga berpatutan dan lebih jimat, jangan pandang sebelah mata ya dengan kualiti barangan yang mereka tawarkan sebab GIANT memang menitikberatkan kualiti barangan dijual. Belum cuba, belum tahu!

Jom kami kongsikan antara barangan keperluan harian yang ditawarkan pada harga berpatutan serta berkualiti tinggi!

1. GIANT Super Special Local Rice 10kg

GIANT Malaysia

Beras adalah antara barang keperluan harian yang penting untuk kita betul tak? Kalau anda nak tahu, harga yang GIANT tawarkan untuk 10kg beras ni lebih berpatutan berbanding dengan harga beras-beras lain di pasaran tau!

Bukan itu saja, walaupun harga yang ditawarkan agak murah berbanding yang lain di pasaran, kualiti makanan ini masih lagi terjaga dan sama saja seperti produk keluaran lain di pasaran. 

Haa, kalau boleh dapat murah, buat kita nak kena pilih yang lebih mahal betul tak?

2. GIANT Cream Crackers 400g

GIANT Malaysia

Selain beras, biskut pun merupakan antara makanan yang wajib ada di setiap rumah tau. Maklumlah, zaman sekarang ni, kadang-kadang tetamu datang tanpa diduga. Jadi, biskut lah penyelamat untuk dihidangkan pada mereka. 

Agak-agak kalau biskut dekat rumah dah habis, anda boleh tambah balik stok dekat rumah dengan borong biskut GIANT ni sebab kat mana lagi boleh dapat harga RM3 kan?

Rasa biskut ni tak perlu cerita panjanglah, memang confirm sedap, lagi-lagi kalau cicah dengan teh atau kopi.

Dengan harga yang ditawarkan, tak dinafikan anda semua boleh jimat banyak serta dapat mengelakkan daripada hidup dalam kos sara yang tinggi. 

3. GIANT Dishwashing Liquid Lemon/Lime 3.6L

GIANT Malaysia

Sabun basuh pinggan sangat penting dan memang menjadi barang yang wajib ada pada setiap rumah tau sebab ya lah, hari-hari kita makan di rumah, mestilah nak kena basuh pinggan cawan semua kan?

Tahu tak GIANT hadir dengan Dishwashing Liquid jenis Lemon dan Lime yang berkualiti dan mampu untuk menanggalkan kesan-kesan degil minyak dan kotoran. 

Dah lah berkualiti, harga pencuci pinggan produk GIANT ni pun dijual pada harga yang berpatutan. Jadi, anda boleh lah beli banyak-banyak untuk restock, tak perlu susah-susah pening nak beli setiap bulan. 

4. GIANT Laundry Detergent Lavender/Blossom 4.4kg

GIANT Malaysia

Siapa kat sini ada buat servis laundry atau selalu basuh baju tu, sekarang ni anda dah tak perlu pening-pening kepala nak cari pencuci baju yang murah. 

Datang saja ke GIANT dan anda dapat berjimat lebih banyak dengan GIANT Laundry Detergent yang didatangkan dengan dua jenis iaitu Lavender dan Blossom tau. 

Memahami keadaan semasa, GIANT tawar harga yang sangat berpatutan khas untuk pelanggan mereka iaitu serendah RM11.55 saja. Haa, lepas ni boleh lah berjimat dengan GIANT!

5. GIANT Soft Compact Toilet Rolls 350’s

GIANT Malaysia

Tisu tandas kat rumah anda selalu habis dan susah nak cari harga yang berpatutan? GIANT kan ada.

Di GIANT, anda boleh dapatkan Soft Compact Toilet Rolls 350’s ni pada harga RM15.90 saja tau. Haa, sangat berbaloi kalau anda berbelanja dekat GIANT ni sebab mereka memang tawarkan harga barangan yang dapat melawan kos sara hidup yang tinggi. 

Kini Lebih Jimat Berbelanja Dengan GIANT

GIANT Malaysia

Haa, itu baru sikit tau yang kami kongsikan pada anda semua. Ada banyak lagi barangan GIANT yang anda boleh dapatkan pada harga yang berpatutan serta mempunyai kualiti yang bagus!

Selain itu, anda juga boleh berjimat cermat dalam jangka masa yang lebih panjang kalau anda beli barangan daripada GIANT tau sebab mereka menyediakan banyak cara untuk mengatasi inflasi serta mengurangkan kenaikan kos untuk masyarakat. 

Untuk maklumat lanjut tentang barangan serta promosi hebat daripada GIANT, layari laman web rasmi di GIANT atau ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...