“Kos Sara Hidup Meningkat Kerana Faktor Luaran” – Datuk Abdul Rahman Dahlan

Trending

“Kos Sara Hidup Meningkat Kerana Faktor Luaran” – Datuk Abdul Rahman Dahlan

“Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh faktor luaran, bukannya faktor dalaman”, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Advertisement

“Kita faham dan kerajaan bertindak balas mengikut kemampuannya dalam keadaan ekonomi yang agak bercelaru dari segi cabarannya.

“Keadaan ini terpaksa diterjemahkan kepada pengurangan subsidi ataupun penstrukturan semula subsidi dan ini adalah respons kita kepada faktor luaran,”, katanya.

Terdahulu Abdul Rahman berkata, hasil kutipan GST telah berjaya menyelamatkan kewangan negara ekoran penurunan harga minyak di pasaran dunia sejak 2014. Kadar pendapatan negara daripada penjualan minyak kira-kira RM40 bilion menurun separuh ekoran kejatuhan harga minyak.

“GST lah yang telah menyelamatkan kita dan sejarah negara kita akan memberikan satu pujian kepada kepimpinan parti kita kerana berani untuk mewujudkan GST,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...