Kos RFID Hanya Seringgit, Patut Diberi Percuma Kepada Rakyat – DS Najib Razak

Berita

Kos RFID Hanya Seringgit, Patut Diberi Percuma Kepada Rakyat – DS Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ada membuat pendedahan mengenai kos pasif untuk pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) hanyalah RM1 setiap satu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Najib menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya dan turut meluahkan rasa hairan kerana pelekat itu kini dijual dengan harga berlipat kali ganda iaitu sekitar RM35.

Advertisement

 

Dalam pada itu, Najib juga melontarkan pendapat bahawa pelekat RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch ‘n Go (TnG) berikutan kosnya yang rendah serta ianya juga sebelum ini diberi secara percuma dari tahun 2018 hingga Februari 2020 yang lalu.

Kos sticker (pelekat) RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?- Najib

Namun, bermula 15 Februari 2020, pelekat RFID berkenaan dijual pada harga RM35 sekeping dan agak membebankan bagi sesetengah pengguna.

Soal Najib lagi, adakah syarikat TnG akan memberi rebat kepada pemilik SmartTag yang tidak lagi digunakan sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID.

Pelekat RFIDSumber : Google  

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa setuju dengan pendedahan DS Najib dan menggesa agar tindakan segera diambil bagi menyelesaikan isu terbabit.

“Ini bukan masanya untuk suruh rakyat keluar duit membeli sesuatu yang tak pasti boleh pakai, sticker tu pun silap haribulan kena panas matahari pada cermin boleh hilang atau tertanggal.” komen seorang netizen.

“Sepatutnya ditukar secara percuma oleh syarikat pengendali.” sahut pengguna Facebook yang lain.

Sekadar info, syarikat Touch ‘n Go dimiliki CIMB Bank, Ant Group dari China, syarikat insuran AIA Group dari USA dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

Tol plaza sesak RFID
2 years ago

"Dah Sesak, Kini Bertambah Sesak.." - Pengguna Jalan Raya Kongsi Penggunaan Penuh RFID Di Plaza Tol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...