Kos Perubatan Melambung Tinggi, Kad Insurans Perubatan Naik Dari 10%-30%

Trending

Kos Perubatan Melambung Tinggi, Kad Insurans Perubatan Naik Dari 10%-30%

Syarikat insurans mengakui terpaksa menaikkan harga kad perubatan sehingga 30% ekoran peningkatan mendadak kos perubatan di negara ini, kata ejen insurans AIA.

Advertisement

Seorang ejen insurans AIA yang dipetik Nanyang Siang Pau mengakui inflasi tinggi kos perubatan adalah punca utama penyelarasan kad perubatan kerana purata kos perubatan di negara ini telah meningkat 15% setiap tahun.

Beliau berkata, kad perubatan syarikat itu mula mengalami kenaikan 10% hingga 30% sejak pertengahan bulan ini, berdasarkan umur pelanggan.

Bagaimanapun, polisi kad perubatan baharu yang diperkenalkan AIA tidak terjejas dengan kenaikan itu.

“Selain A-Plus Medical dan A-Life Med regular, pemegang polisi kad perubatan lain akan menerima notis pemberitahuan mengenai penyelarasan harga sebaik sahaja kad mereka tamat tempoh.”

Beliau berkata, taklimat sudah diberikan kepada ejen syarikat itu bulan lalu dan mereka mula memaklumkan pemegang polisi secara berperingkat-peringkat sejak pertengahan bulan ini, di mana harga lebih tinggi untuk pelanggan berumur.

“Contohnya 10 tahun lalu pembedahan memerlukan RM10,000, kini kos itu meningkat kepada RM30,000 hingga RM40,000. Ada orang hanya perlu bayar kira-kira RM600 setiap tahun, tetapi boleh mendapat pampasan sehingga RM200,000.”

Seorang ejen insurans Great Eastern pula yang dipetik Nanyang Siang Pau bagaimanapun menafikan syarikat itu menaikkan harga kad perubatan, manakala seorang pegawai berpangkat tingginya berkata, mereka tidak bercadang menyelaras harga kad perubatan ketika ini.

“Jika hendak menyelaras harga kad perubatan, kami tidak akan buat secara tergesa-gesa, ia perlu melalui banyak prosedur untuk menentukannya,” kata pegawai berpangkat tinggi itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Ejen-ejen Insurans Hayat dan Perancang Kewangan Malaysia (Namlifa), James Bong Khee Chin yang dipetik The Star berkata, syarikat insurans perlu menunjukkan fakta bagi membuktikan kewajaran penyelarasan kad itu.

Harga insurans yang terlalu tinggi akan menghalang matlamat penembusan insurans sebanyak 75% yang ditetapkan dalam Wawasan 2020 dan akan menambah beban sistem perubatan awam.

Ketika ini, hanya insurans hayat diberikan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), manakala polisi insurans berkaitan perubatan, penyakit serius, kecederaan akibat kemalangan dan pelaburan dikenakan GST.

Sumber : FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...