Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Sebaik atau semewah mana sekalipun di negara orang, lebih baik negara sendiri. Namun bukan ramai yang menyedarinya kecuali melalui pengalaman sendiri.
Baru-baru ini, netizen meviralkan satu perkongsian gambar keterangan dan bil perubatan di Hospital Ampang yang hanya mengenakan RM31 terhadap pesakit yang dirawat ekoran kemalangan jalan raya.
Ramai yang seolah-olah baru ‘bagun dari tidur’ selepas mengakui sistem perubatan di Malaysia sememangnya yang termurah dan terbaik di dunia.
Dalam perkongsian gambar semalam, pengguna laman sosial Facebook, Philip Loh menyampaikan rasa keterujaaannya terhadap tahap layanan, perkhidmatan dan bayaran yang dikenakan kepada anaknya yang ditimpa kemalangan.
“Hanya di Malaysia!
“Anak saya dimasukkan ke Hospital Ampang kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia mengalami kecederaan pada lengan kirinya akibat tercucuk sesuatu sehingga menyebabkan lubang yang besar yang mencederakan saraf dan otot.
“Pakar perubatan dan pakar bedah melakukan pembedahan pada hari berikutnya untuk membaiki saraf dan otot serta mendapat rawatan penjagaan daripada jururawat dan pegawai perubatan.
“Dan perkara yang paling sukar dipercayai adalah bil hospital yang hanya bernilai RM31 (itu kira-kira US$7.75 kepada rakan-rakan dan rakan-rakan saya di AS).
“Anda tidak akan dapat negara lain seperti Malaysia yang menyediakan penjagaan perubatan terbaik untuk rakyatnya!” tulis Philip.
Statusnya itu dikongsi lebih hampir 4,000 pengguna.
Menariknya ramai yang mula ‘membuka mata’ mengakui kelebihan sektor perubatan di Malaysia selain berkongsi tahap perkhidmatan perubatan Malaysia yang selama ini banyak menerima respons negatif.
“Anak pertama saya hanya RM11 (bil melahirkan anak). Percaya?” tulis Lim Khee Ching.
Manakala, Andrew Wan pula berkata, “Ya, hospital kerajaan hampir percuma tetapi kita masih ke hospital swasta dan membuat bising bila tengok bil.”
Dalam pada itu, Azlan Adnan berkongsi maklumat bahawa seorang penderma darah akan memperoleh semua perkhidmatan perubatan secara percuma di semua hospital kerajaan.
“Saya pernah menderma lebih 50 kali dan saya layak dirawat dalam wad kelas pertama,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna bagaimanapun menyampaikan rasa bimbang terhadap pengenalan skim insuran negara.
Yusof Zakimy berkata, “Bayaran yg dikenakan cuma makan dan ward, rawatan, operation dan ubat adalah percuma untuk warganegara. Cuma bimbang perkara ini tidak bertahan lama dengan pengenalan skim insuran negara.”