“Kos Jaga Kucing Lebih Mahal Dari Kos Jaga Anak? Tak Pelik Pun!” – Peminat Kucing

Trending

“Kos Jaga Kucing Lebih Mahal Dari Kos Jaga Anak? Tak Pelik Pun!” – Peminat Kucing
SHAH ALAM 13 MARCH 2016. Kucing yang diberi nama Jojo menjadi pemenang pertama dalam pertadingan 'Padigree' pada Program CSR Charity Bazaar dan Pameran Haiwan Kesayangan di Dewan Unisel, Shah Alam. STR/ MUHAMMAD SULAIMAN

Kucing yang diberi nama Jojo menjadi pemenang pertama dalam pertadingan ‘Padigree’ pada Program CSR Charity Bazaar dan Pameran Haiwan Kesayangan di Dewan Unisel, Shah Alam. STR/ MUHAMMAD SULAIMAN

“Bukanlah pelik apabila kos memelihara kucing mampu menandingi kos penjagaan seorang anak,” kata peminat kucing, Faridatul Hafizah Abd Rahim, 31 kepadaHarian Metro.
Menurutnya, minat dan sayang kepada haiwan berkenaan menyebabkan dia dan suami, Mohd Nor Firdauz Abd Rashid, 38, membeli Jojo iaiaut kucing peliharaan mereka baka tempatan berbulu panjang dengan harga RM1,800 sejak beberapa tahun.

“Saya tidak kisah jika terpaksa mengeluarkan wang sehingga mencecah ribuan ringgit bagi memastikan Jojo bersama 12 lagi kucing peliharaan saya berada dalam keadaan sihat.”

“Bayangkan jika kucing sakit, kos rawatan boleh mencecah hingga ribuan ringgit termasuk makanan, barangan penjagaan seperti syampu dan sebagainya untuk memastikan mereka sihat.

“Walaupun kos membela 13 kucing mencecah RM850 sebulan, namun itu bukan penghalang kepada kami untuk memastikan keperluan haiwan itu terjaga,” katanya yang mempunyai tiga cahaya mata.

Advertisement

Pasangan berkenaan yang menetap di Sungai Besi adalah antara peminat kucing yang ditemui pada Pameran Kucing UNISEL 2016 anjuran Universiti Selangor (UNISEL) yang menghimpunkan lebih 500 peminat kucing seluruh negara.

Kucing perliharaannya, Jojo berjaya menrangkul tempat pertama kategori ‘pedigree’ dalam pertandingan tersebut dengan membawa pulang hadiah piala, barangan makanan serta aksesori haiwan terbabit.

“Kami berdua memang meminati kucing sejak kecil lagi. Mulanya kami anggap membela kucing sebagai hobi, tak sangka akan sampai ke tahap boleh memenangi pertandingan,”katanya.

1.1

2 (1)

3

4

5

6

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...