Kos Buat Bubble Tea Cuma RM1.30 je? Biar Betul!

Kehidupan

Kos Buat Bubble Tea Cuma RM1.30 je? Biar Betul!

Minuman Bubble tea adalah kegemaran ramai warga Malaysia tidak kira dari golongan tua ataupun muda. Mula memasuki pasaran di Malaysia pada tahun 2015.

Pengikut setia minuman Bubble tea pasti tahu bahawa minuman ini menggunakan straw gergasi.

Advertisement

Pasti anda semua tahu bahawa minuman Bubble tea ini dibuat dengan pelbagai jenis teh. Namun minuman Bubble wajib ada jelly seperti mutiara yang dikenali sebagai bubble.

Sekiranya anda seorang pengemar Bubble tea, semestinya tertanya-tanya asal usul minuman ini?  Mari kami ceritakan.

Pada awal tahun 1980an di Taiwan, seorang pemilik kedai teh bernama Liew telah melihat gelagat orang Jepun yang gemar minum kopi sejuk.

Maka tercetuslah ideanya untuk menjual air teh sejuk sendiri pada pengunjung dan telah membuka beberapa cawangan.

Ketika beliau menghadiri satu mesyuarat sekitar tahun 1988an, Liew telah memasukkan beberapa Tapioka  ke dalam teh sejuk. Apa yang mengejutkan beliau adalah semua orang menyukainya dan bermula hari tersebut lahirlah Bubble Tea yang kini terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Kepopularan minuman Bubble tea dalam kalangan masyarakat Malaysia terbukti apabila lebih dari 20 jenama minuman ini telah membuka cawangan di negara ini. Antara jenama yang terdapat di pasaran Malaysia ialah, Tealive, Gongcha, Shake-Shake, Cool Blog dan banyak lagi jenama lain.

Mengikut satu statistik yang telah dikeluarkan oleh GrabFood, minuman Bubble tea berada ditangga kedua makanan atau minuman yang paling banyak di beli sepanjang tahun 2018 di Malaysia.

Minuman Bubble tea kini telahpun menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Persoalannya mengapa Buble tea berjaya mengejar populariti  ini dalam tempoh yang begitu singkat sekali?

Adakah semata-mata kerana keunikkannya atau rasanya memang sedap? Atau mungkin kerana harganya berbaloi? Atau semua ini sekadar satu tren yang akan tenggelam tidak lama lagi.

Mari kita dengar beberapa pendapat daripada pengemar-pengemar Bubble tea di Malaysia.

I suka rasanya kerana dia mix dengan brown sugar dan sedap gila bila campur dengan susu dan rasa dia lain daripada lain, Buble pun sedap.

I akan beli Bubble tea seminggu sekali.

Ia sedap dan harganya juga agak murah.

Berdasarkan jawapan-jawapan yang diberikan boleh dikatakan bahawa demam Bubble tea ini akan berterusan dalam jangka masa panjang.

Sekiranya ada antara anda yang berminat menceburi dunia Bubble tea, kami telah membedah siasat harga kos yang diperlukan untuk membuat secawan minuman kegemaran ramai ini.

Terdapat pelbagai variasi dan perisa minuman Bubble tea yang mempunyai keunikannya tersendiri dari segi rupa dan juga rasanya.

Antara bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat secawan minuman Bubble tea ialah, bola Tapioka, ais, teh dan juga susu.



Ringkaskan? Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat segelas minuman Bubble tea.

Kos pembuatan secawan minuman Bubble tea berharga RM1.30 sahaja.

Ternyata ia adalah satu perniagaan yang amat berbaloi dan menguntungkan kerana harga purata secawan Bubble tea adalah RM6.50.

Jadi ini adalah harga anggaran untuk kos dan juga harga jualan. Namun, perlu diingatkan bahawa satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kandungan gula dalam minuman Bubble tea lebih tinggi berbanding minuman berkarbonat.

Kesimpulannya nak minum boleh tetapi kena berhati-hati agar ia tidak menjejaskan kesihatan anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...