January 9th, 2012

Song Hye Gyo, jelitawan yang merupakan aktres dari Korea Selatan telah terpilih untuk mendapat tempat kelima untuk wajah tercantik pilihan laman sesawang TC Candler bagi “100 Wajah tercantik Di Dunia Tahun 2011”. Laman itu mengumumkan senarainya 3 Januari lepas, dan senarai ini telah dilaksanakan oleh laman itu setiap tahun sejak 1990. Mungkin anda berpendapat kesemua artis Korea menjalani pembedahan plastik untuk cantik, hakikatnya tidak begitu. Seorang pakar pembedahan plastik pernah berkata melalui kepakarannya, dia berpendapat yang pelakon itu adalah pelakon berwajah paling asli di Korea di samping Kim Tae Hee.

Apa yang menarik, bakat gadis berusia 30 tahun pada 2012 ini juga mula diiktiraf di peringkat antarabangsa. Vogue telah menggunakan khidmat jurugambar fesyen terkenal, Paolo Roversi untuk memfoto Hye Gyo bagi majalah Vogue Korea keluaran Disember lepas. Bukan itu saja, Hye Gyo jua akan tampil dalam sebuah filem bersama Tony Leung dan Zhang Ziyi, The Grandmasters pada tahun 2012. Dalam senarai ini, wanita yang mendapat tempat pertama ialah Emma Watson. Lagi 6 keping gambar Hye Gyo dari majalah Vogue dengan membaca gosip ini sepenuhnya.



78 responses to “(KOREA)Wajah Song Hye Gyo Kelima Tercantik Di Dunia”

  1. bejo says:

    syp tau aje nie org tdg orasi atuuu??////??????????????????

  2. Anonymous says:

    Song hye gyo cantik n manis bangatttt …

  3. bunga melur says:

    suka die dlm autumn in my heart & full house..comel je :)

  4. cuci kaki says:

    setuju dgn @cuci kain. gigi dy tu paling ketara. pernah jumpa video kat youtube yg claim dy ni ‘queen of plastic surgery’…ada yg tunjuk perubahan hidung and whatsoever tp x ketara. gigi tu paling ketara. Kim Tae Hee tu aku agak berkeyakinan yang dy xpernah lg buat surgery sbb time tgk drama IRIS tu, ada satu babak bila dy senyum, mata dy jd kecik and then ada wrinkles sket kt hujung mata tu. lgpun KTH pun dah 30.

Loading...