October 7th, 2011

Dalam satu temu ramah dengan satu program hiburan di SBS, Song Hye Kyo, 29, ditanya sama ada dia cemburu apabila dia melihat pasangan-pasangan kekasih yang intim di sekelilingnya.

song

“Sangat cemburu,” ujarnya. Tetapi perkahwinan adalah satu topik yang tidak diutamakan oleh aktres itu kerana dia mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.”Saya tidak ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Saya mahu bekerja.”

Apabila ditanya sama ada dia sudah bersedia (untuk berkahwin), dia menjawab, “Tak ada siapa pun yang tahu secara pasti.”

Dia juga berkongsi beberapa perkara tentang menjadi seorang selebriti.

“Saya dapat makanan percuma bila saya makan di luar, tetapi saya tak boleh berjalan-jalan dengan bebas seperti yang saya mahukan…saya ingin berjalan di Jalan Myungdong dan mengintai ke kedai-kedai kecil seperti orang biasa, tetapi malangnya saya tidak dapat.”

Aktres jelita ini juga dikenali kerana percintaannya dengan aktor-aktor kacak seperti Lee Byung Hun dan Hyun Bin tetapi dia sudah berpisah dengan Hyun Bin Mac lepas. Layankan dua keping lagi gambar terbaru Song Hye Gyo dari majalah High Cut. Kredit gambar kepada KoreanGossipGirl.



Comments are closed.

Loading...