‘Korean Cult’ Didakwa Sudah Masuk Malaysia, Penduduk Sekitar Sabah Didatangi Individu Misteri

Kehidupan

‘Korean Cult’ Didakwa Sudah Masuk Malaysia, Penduduk Sekitar Sabah Didatangi Individu Misteri

Isu kehadiran individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan gerakan kultus dari Korea di Putatan, Sabah kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet selepas beberapa orang berkongsi pengalaman didatangi kumpulan tersebut.

Difahamkan, dua individu dipercayai daripada gerakan berkenaan dilihat memasuki kawasan kampung di Putatan dan cuba menyebarkan fahaman tertentu kepada orang ramai.

Advertisement

Perkara itu mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna media sosial mendakwa kumpulan tersebut sudah mula bergerak ke kawasan perkampungan.

korean cult

“Hati-hati orang Putatan, sampai sudah ini ‘Korean cult’ masuk kampung tetapi untuk yang Muslim mereka tidak akan kacau,” kata @Shiom_aii dalam satu hantaran.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila didatangi individu yang bertanyakan mengenai status agama mereka.

Seorang pengguna dikenali sebagai Ozzieyyy mendakwa kumpulan berkenaan pernah datang ke pejabatnya untuk bertanyakan sama ada terdapat penganut agama tertentu di situ.

“Baru-baru ini ada datang pejabat saya dan mereka tanya ada atau tidak di pejabat ini agama Kristian atau penganut Buddha? dan kami jawab tiada sebab malas nak layan,” katanya.

Dalam masa sama, terdapat juga dakwaan bahawa kumpulan tersebut lebih cenderung mendekati golongan bukan Muslim bagi mengelakkan sebarang isu berkaitan undang-undang.

@mykoreandic

Do you have this experience? ? #fyp #korean #koreanculture #koreatravel

? original sound – Mykoreandic

“Saya sudah dua kali didekati dengan mereka ini tapi dalam kes saya, orang-orang Malaysia yang sudah ikut mereka punya kultus ini yang akan bertanya,’ kata pengguna Vlrewe.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila mendakwa pernah ditahan selama kira-kira sejam di sebuah pusat beli-belah selepas didatangi individu yang mengajukan soalan yang dianggap mencurigakan.

Susulan perkongsian tersebut, orang ramai kini menggesa pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen supaya memantau aktiviti warga asing yang terlibat bagi memastikan ketenteraman awam serta sensitiviti agama di negara ini terus terpelihara.

Selain  itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tangkap khalwat
2026-03-16 11:02:47

"Lagi Kau Nak 'Langsi' Dengan Aku!" - Suami Tidak Dapat Tahan Emosi, Isteri Dicekup Berkhalwat Dalam Serbuan JAIM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...