Diketahui ramai yang Kwon Sang Woo, sudah menempa nama di tanah kelahirannya iaitu Korea Selatan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mengintai peluang untuk melibatkan diri dalam produksi filem-filem antarabangsa. Dia khabarnya pernah menjalani uji bakat untuk melakonkan watak Kato dalam filem The Green Hornet tahun lepas, tetapi kalah kepada Jay Chou walaupun dia terpilih hingga ke peringkat akhir.
Di Twitter versi China, Sina Weibo agak heboh diperkatakan baru-baru ini yang Kwon Sang Woo sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Jackie Chan di Beijing. Dia ialah merupakan sidekick Jackie Chan dalam filem ini, yang dikatakan filem aksi terakhir lakonan Jackie sebagai watak utama.  Filem ini  berjudul Chinese Zodiac dan akan turut menampilkan pelakon jelita dari Taiwan Yaoxing Tong dan juara Taekwando Wanita China, Zhang Lanxin.
Chinese Zodiac akan memulakan tayangan di pawagam seluruh dunia pada 12.12.2012. Treler awal di sini:
afif
January 11, 2012 at 4:45 pm
lee dae hee a.k.a joo yoo rin shii tetap dihatiku
Anonymous
January 10, 2012 at 1:53 pm
Suka tgk die dlm cinderella man.. B’lakon ngn yoona snsd.. <3
Info Terlaris Masakini
January 10, 2012 at 12:38 pm
wah…x sbr nk tunggu….
PENGUMUMAN PENTING!!! Sertailah Giveaway “Info Terlaris Masakini!” dengan segera untuk anda berpeluang memenangi merebut hadiah Menarik dari Info terlaris Serta Sponser!!!
http://kozumiro.com/giveaway-budak-nakal-info-terlaris-masakini/
Miss_hujaN
January 10, 2012 at 11:09 am
mesti best film ni..x sabar nk tgok
Miss_hujaN
January 10, 2012 at 11:05 am
awesome~