Korea Utara Tuduh Korea Selatan Dan AS Sembur Virus COVID-19 Pada Barang ‘Import’ Mereka

Trending

Korea Utara Tuduh Korea Selatan Dan AS Sembur Virus COVID-19 Pada Barang ‘Import’ Mereka

Penularan wabak COVID-19 jelas merunsingkan semua pihak berikutan masih tiada vaksin yang ditemui untuk merawatnya. Jumlah kematian juga semakin bertambah hari demi hari sehingga ianya lebih banyak dari jumlah kematian yang diserang oleh virus sebelum ini.

Baca: Kematian COVID-19 Kini 10 Kali Ganda Lebih Banyak Berbanding H1N1

Advertisement

Oleh itu, pasti ramai yang menjadi ‘paranoid’ kerana takut akan dijangkiti wabak ini sehingga mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap pihak lain. Sama seperti apa yang berlaku kali ini, di mana Korea Utara dikatakan telah menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menyembur virus COVID-19 pada barang import yang dihantar ke negara itu.

Tuduhan itu dikatakan telah dibuat dalam mesyuarat unit pentadbiran oleh seorang pensyarah di sana.

Bukan itu sahaja, pensyarah itu juga telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dan segera membuat laporan sekiranya menemui barangan yang pelik. Kini, negara itu dikatakan sedang mengkaji tuntutan yang menyebabkan kedua-dua negara tersebut menjadi penyebab COVID-19 di negara itu.

Gambar hiasan

Difahamkan, Korea Utara pernah menegaskan bahawa tidak ada kes yang berlaku di sana mengenai jangkitan virus itu. Namun, perkara itu telah meningkatkan keraguan ramai.

Oleh itu, organisasi dan pegawai hak asasi manusia telah mendesak supaya negara itu menghentikan sekatan ke atas negara itu untuk memastikan penduduk di sana mendapat makanan dan bekalan perubatan penting waktu ini.

Korea Selatan dan AS adalah negara yang telah menawarkan bantuan barangan keperluan kepada Korea Utara dalam memerangi COVID-19.

Sumber:(1) (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...