Korea Utara Isytihar Darurat Selepas Kes Pertama Disyaki Jangkitan COVID-19

COVID-19

Korea Utara Isytihar Darurat Selepas Kes Pertama Disyaki Jangkitan COVID-19

Korea Utara pada 25 Julai telah melaporkan kes pertama COVID-19 yang berlaku di Kaesong, sebuah bandar yang bersempadan dengan Korea Selatan.

Sebelum ini, Korea Utara merupakan negara pertama di dunia yang menguatkuasakan perintah berkurung apabila pandemik COVID-19 mula menular.

Advertisement

Mengikut laporan media rasmi KCNA, mangsa merupakan seorang pelarian yang telah lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu dan kembali ke negara asal.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang telah mengadakan mesyuarat tergempar, membuat keputusan bagi menguatkuasakan sepenuhnya sistem darurat di negara tersebut dan mengisytiharkan darurat di wilayah Kaesong.

Kim juga meminta agar pelarian tersebut dikenakan hukuman berat.

Orang ramai yang telah berhubung dengan pelarian itu dan mengunjungi kawasan bandar tersebut sejak lima hari lalu kini sedang dikenalpasti untuk disoal siasat.

Selain diarahkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan, mereka juga telah diletakkan di bawah perintah kuarantin.

Sebelum ini Korea Utara, telah berulang kali mengatakan bahawa ia tidak mempunyai sebarang kes COVID-19, walaupun banyak pakar luar mempersoalkan kenyataan itu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...