Korea Utara Dakwa Ratusan Pekerja Dan Ejen Rahsia Masih Berada Di Malaysia

Kehidupan

Korea Utara Dakwa Ratusan Pekerja Dan Ejen Rahsia Masih Berada Di Malaysia

Beberapa minggu telah berlalu sejak kedutaan Korea Utara di Malaysia ditutup namun situasi tegang antara Malaysia dengan Korea Utara masih belum reda.

Menurut media Korea Utara, Daily NK mendakwa ratusan pekerja syarikat perdagangan dan ejen rahsia warga mereka tidak dijemput pulang ke Korea Utara.

Advertisement

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Yakob menjelaskan dakwaan berkenaan akan disiasat dengan lebih terperinci oleh pihak Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan kesahihannya.

“Setakat hari ini, pihak kita termasuk unit perisikan masih belum menerima sebarang laporan yang melibatkan isu ini”.

Malaysia dan Korea Utara

“Kadang-kala mereka (Korea Utara) sekadar ingin menggempar kita sahaja. Kita tidak tahu. Jadi, kita jangan terlalu cepat memberikan jawapan yang mungkin menyebabkan keadaan menjadi lagi keruh. Kita perlu siasat terlebih dahulu”.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi (HMAV 4×4) Pertama Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

Tambahnya, isu ini turut berkait rapat dengan bidang kuasa pihak Kementerian Luar Negeri yang berkemungkinan sudah mengadakan rundingan dan perbincangan bersama wakil kementerian Korea Utara.

Selain itu, media tempatan itu juga melaporkan negara mereka tidak menjemput pulang ratusan pekerja syarikat perdagangan termasuk ejen rahsia dari Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) Korea Utara.

Korea Utara

Menurut laporan, ia mendakwa ada sekumpulan warganegara republik tersebut terlibat dalam kegiatan dagangan haram penyeludupan barangan mewah ke Korea Utara.

Lebih mengecewakan, media itu mengatakan pihak berkuasa Malaysia tidak mengambil peduli dengan kedatangan ejen rahsia Korea Utara yang sudah beberapa dekad bertapak di negara ini dan semua ejen menggunakan identiti dan passport palsu.

Tambahan, Malaysia dikatakan menjadi lokasi transit penyeludupan senjata dan barangan mewah ke Korea Utara yang dibawa dari Timur Tengah dan Afrika.

Kesemua ejen rahsia Korea Utara dikatakan ‘mengeluh’ dan terpaksa mencara jalan lain untuk berhubung dengan pengendali di Pyongyang kerana kegiatan mereka di Malaysia bertambah sukar sejak penutupan pejabat kedutaan pada 19 Mac lalu.

SUMBER

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...