Korea Utara Bakal Benarkan Pelancong Melawat Bermula Disember, Namun Pelawat Malaysia Diharamkan Jejak Kaki Ke Sana

Travel

Korea Utara Bakal Benarkan Pelancong Melawat Bermula Disember, Namun Pelawat Malaysia Diharamkan Jejak Kaki Ke Sana

Negara Korea Utara dilaporkan bersedia untuk membuka semula sektor pelancongan mereka kepada pelawat antarabangsa pada Disember ini.

Difahamkan negara terpencil itu mengalu-alukan pelancong untuk melawat ke bandar Samjiyon yang terletak berhampiran Gunung Paektu secara berkumpulan.

Advertisement

Korea utara buka sektor pelancongan disember ini

Menurut beberapa buah agensi pelancongan negara itu, bukan hanya Samjiyon bakal dijadikan tempat tarikan pelancong sebaliknya Pyongyang antara daerah yang berpotensi dibuka sebagai salah satu lokasi lawatan.

Pembukaan semula negara itu untuk lawatan pelancong  adalah kali pertama  sejak ia ditutup akibat pandemik COVID-19 beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia ‘diharamkan’ untuk melancong ke negara tersebut.

Korea utara buka sektor pelancongan Disember ini

Menurut kenyataan Kementerian Luar, yang diterbitkan pada 18 September 2017, semua rakyat Malaysia telah dilarang memasuki negara terpencil itu, dengan alasan ketegangan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan yang timbul daripada ujian peluru berpandu antara sebab.

Beberapa bulan sebelum itu, hubungan Malaysia dengan Korea Utara telah merosot berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang perdana menteri Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Februari 2017.

Kim jong nam pembunuhan klia

Pada Mac 2021, Korea Utara mengumumkan bahawa ia akan memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia selepas mahkamah tertinggi Malaysia meluluskan ekstradisi ahli perniagaan Korea Utara, Mun Chol-myong, ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram, lapor The Diplomat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pulau untuk dijual
4 months ago

Air Laut Jernih & Dikelilingi Alam Semula Jadi Cantik, Pulau Di Terengganu Dijual Dengan Harga RM28 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...