Korea Selatan antara destinasi percutian yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang gemar bercuti di sana lagi-lagi buat peminat industri hiburan di sana. Di Malaysia juga, lambakan kedai-kedai dan restoran barangan dari Korea semakin mendapat sambutan yang hangat dari pembeli.
Untuk pengetahuan anda, jumlah pelancong dari Malaysia adalah antara yang tertinggi berdasarkan statistik daripada agensi perlancongan di sana. Dalam menghargai kehadiran pelancong Malaysia yang bercuti di sana, Korea Selatan telah mula menggunakan Bahasa Melayu pada papan tanda di beberapa lokasi.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, terdapat beberapa bahasa yang digunakan pada papan tanda di sana termasuklah Bahasa Melayu sendiri. Pastinya langkah yang dibuat oleh Korea Selatan ini akan membantu memudahkan rakyat Malaysia di sana.
Hasil kerjasama ITBM
Difahamkan juga, usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan ini adalah usaha sama pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Usaha ini juga sudah lama dilakukan sejak dua tahun yang lalu.
Artikel berkaitan: 5 Sekawan Ditahan Selama Lapan Jam Di Korea Tanpa Makan Dan Minum Sebelum Dihantar Pulang