Korea Selatan Kini Dilaporkan Menghadapi Gelombang Kedua COVID-19

COVID-19

Korea Selatan Kini Dilaporkan Menghadapi Gelombang Kedua COVID-19

Selepas berjaya menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam menangani pandemik COVID-19, kini Korea Selatan dilaporkan sedang menghadapi gelombang kedua wabak tersebut. Sebelum ini, negara tersebut berjaya mengawal penularannya tanpa perlu melaksanakan arahan ‘lockdown’ di kawasan terjejas.

Baca: Korea Selatan Berjaya Lawan COVID-19 Tanpa Perlu Lalui Perintah Lockdown

Advertisement

Namun kini, pakar menjangkakan pandemik itu akan kembali berterusan untuk beberapa bulan lagi selepas negara itu menerima kenaikan kes harian. Ketua Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun-kyeong memberitahu gelombang pertama sebelum ini berlangsung hingga April.

Namun sejak Mei, kelompok kes baru telah meningkat termasuk kluster baru di kelab malam di ibu kota, Seoul. Di antara tempoh tersebut, kes yang disahkan setiap hari telah menurun dari hampir seribu menjadi sifar jangkitan yang dicatatkan selama tiga hari berturut-turut.

Pegawai pada hari Isnin lalu mengatakan bahawa selama 24 jam terakhir, 17 jangkitan baru telah direkodkan dari kelompok yang berlainan di pejabat dan gudang besar.

Dr Jeong mengatakan peningkatan kes baru-baru ini telah merumuskan bahawa negara itu berada dalam fasa gelombang kedua virus itu.

korea selatan

Malah, dia menjangkakan gelombang kedua ini akan berlanjutan lebih lama. Sehingga kini, KCDC mengatakan bahawa gelombang pertama Korea Selatan tidak pernah berakhir. Tetapi Dr Jeong memberitahu sekarang jelas bahawa hujung minggu percutian pada awal Mei lalu menandakan permulaan gelombang jangkitan baru yang difokuskan di wilayah Seoul yang lebih besar, yang sebelumnya hanya melihat beberapa kes.

Pada Isnin lalu, Daejeon telah mengumumkan larangan perjumpaan di ruang awam seperti muzium dan perpustakaan setelah sejumlah kumpulan virus kecil ditemui. Datuk Bandar Seoul juga memberi amaran bahawa ibu kota itu mungkin terpaksa kembali kepada penjarakan sosial yang lebih ketat.

korea selatan

Ini adalah sekiranya kes harian melebihi 30 kes dalam masa tiga hari ke depan dan kadar pesakit yang menetap di hospital di bandar melebihi 70%. Korea Selatan sebelum ini hanya bergantung kepada langkah-langkah penjarakan sosial yang dilakukan secara sukarela oleh rakyat mereka.

Selain itu, mereka turut melakukan ujian dan mengesan kontak pesakit dengan lebih agresif bagi memerangi virus itu. Seramai 280 orang telah meninggal dunia sejak negara itu melaporkan kes pertama pada 20 Januari. Secara keseluruhan, lebih daripada 12,000 jangkitan telah direkodkan dan masih terdapat 1,277 kes aktif di negara itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...