Rasanya ramai atlet di serata dunia yang tertunggu-tunggu serta tidak sabar untuk beraksi dengan adanya penganjuran Olimpik Beijing 2022.
Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) bakal memboikot penganjuran tersebut atas sebab membantah penganiayaan hak asasi manusia yang berlaku di China.
Dalam perkembangan yang lain, Presiden Korea Selatan iaitu Moon Jae In berkata negara mereka akan kekal menyertai sukan Olimpik itu dan tidak akan mengikut jejak langkah AS memboikot penganjuran itu.
Pihak kami tak terima sebarang permintaan dari negara-negara lain, termasuk AS, untuk mengambil bahagian dalam boikot diplomatik itu.
Selain daripada negara AS, negara lain yang turut menarik diri dari menyertai suka ternama itu adalah Australia, Britain dan Kanada.
Boikot itu berlaku atas sebab ingin membantah penganiayaan terhadap kaum minoriti Uyghur di Xinjiang dan juga sekatan demokasi di Hong Kong.
Selain itu kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.