Korea Selatan Guna Teknologi AI, Kesan Kes Covid-19 Melalui Pengecaman Muka Dari CCTV

COVID-19

Korea Selatan Guna Teknologi AI, Kesan Kes Covid-19 Melalui Pengecaman Muka Dari CCTV

Korea Selatan dilaporkan akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengecaman wajah dan ribuan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan pergerakan individu yang dijangkiti Covid-19. Difahamkan, projek ditaja sepenuhnya oleh kerajaan itu dijangka akan mula beroperasi Januari depan di bandar Bucheon di pinggir Seoul.

Menggunakan sistem algoritma AI dan teknologi pengecaman wajah, rakaman yang diperolehi daripada lebih 10,820 CCTV di bandar berkenaan akan dianalisis dan seterusnya mengesan pergerakan mereka yang dijangkiti koronavirus. Selain itu, teknologi ini juga dapat mengesan tindak tanduk individu dijangkiti termasuklah kontak rapat dan sama ada mereka memakai pelitup muka.

Advertisement

Menurut Utusan, pihak berkuasa Bucheon berkata sistem itu boleh mengurangkan bebanan kerja petugas kesihatan bagi mengesan mana-mana individu yang dijangkiti virus terbabit. Bagaimanapun, penggunaan teknologi tersebut dijangka akan mengundang pelbagai ‘pandangan dan suara ramai pihak’ kerana ianya melibatkan hak privasi rakyat.

Bandar Bucheon mempunyai lebih 800,000 penduduk dan sistem itu dijangka boleh digunakan secara efisien dan tepat. Sementara itu, Kementerian Sains dan Sumber Maklumat Korea Selatan memaklumkan bahawa tiada perancangan untuk mengembangkan projek tersebut ke peringkat kebangsaan setakat ini.

Selain Korea Selatan, teknologi AI ini juga sedang diuji keberkesanannya melalui eksperimen di negara lain seperti China, Rusia, India, Poland, Jepun dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha untuk mencegah penularan Covid-19.

Khairy Jamaluddin
2 years ago

Pengesan Tanda Awal Peningkatan Kes COVID-19, KKM Akan Perkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...